Badan tiba-tiba berbau kuat selepas mengurut pantang

Nak tanya masa dalam pantang haritu dalam hari ke 38 sy ada mengurut pantang kali kedua dengan sorang tukang urut ni. Lepas siap mengurut dengan dia 3 hari sy sedar ketiak saya berbau cukup kuat. Sy ingatkan sekejap je rupanya berterusan sampai sekarang. Ada orang cakap sebab urutan tu terlampu kuat kat bahagian bahagian yang boleh mengaktifkan kelenjar peluh dan bau badan. Tapi memang tukang urut tu urut terlalu kuat di bahagian-bahagian kelenjar tu pun haritu. Sy dah cakap supaya kurangkan sikit tekanan semasa urutan tapi dia tak dengar pun dan urut dengan kuat juga. Dan selepas urut jadi bengkak. Dia urut terlalu kuat dekat bawah ketiak, dekat payudara sampai sy rasa terlalu sakit dekat kelenjar yang dia tekan tu. Lepas pada tu terus ketiak sy berbau sangat. Sekarang sy tak tau sebakan urutan tu atau apa-apa sebab lain. Sebab sebelum mengurut tu memang badan sy tak berbau teruk macam ni walaupun badan tengah berpeluh teruk. Ni pakai deodorant pun tak jadi tetap berbau kuat. Sy jadi stress dan menyesal pula mengurut dengan tukang urut tu. Minta pendapat semua 😢#ingintahu #bantusharing

12 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

hye mommy.. sy xprnh pula dngr disbb kn urutan bdan berbau.. sy pun ad jadi jugak sepanjang berpantang .. ap yg sy cuba buat sy hnya kerapkan mndi dan dan kerap ganti pakaian.. tp klu xok jugak sis bole tnya nurse.. mungkin depa akn syorkn ap yg patut..

lepas bersalin ank pertama. sy pun alami bau badan. ketiak kuat berpeluh. ia berlanjutan sampailah ank sy umur setahun lebih. tpi yg lucu pula bau itu lah buat ank sy suka n lena tidur😂

saya hari pertama berurut pun camtu jugak, smpai hari ke 3..hari ke 4 badan dah tak berbau lagi, siap tungku dan tangas lagi untuk hilangkan bau badan.. cuba sis try bertangas lagi..

2y ago

mesti tak selesa snagat kan, nak dekat org pun malu.. hrap berkurang lah lepas tangas nnti, tangas berherba

bau badan tu bau yg mcm mna mksd sis? sye xde pglmn tp nk tau jgk mcm mna... sis cuba mandi dgn air limau ke.... atau mandi mandian herba... mgkin membantu..

Iya kakak sy baru lepas bsalin anak ptama pun mngadu bau badan kuat masa bpantang, dia sendiri tak tahan huhu

cube gosok dgn limau nipis. guna la sebijii dua tiap kali mandi. buat sampai hilang bau.

jgn salahkan tukang urut, mgkn itu perubahan hormone selepas bersalin

sama, pernah blaku kpd diri sya jgk. maybe tu prubahan hormon

Normal, itu perubahan hormon. Once dah stable, akan okay

TapFluencer

Mungkin perubahan hormon sis.

2y ago

Owh yeke sis. Sampai bila ya hormon ni akan okay? Sy dah masuk hari ke 74. Ni tk berpeluh pun bau tu tetap akan ada 😥