8 Balas

Sy hantar anak ke taska masa anak 2 tahun lebih. Sebelum tu hantar ke pengasuh. I really do feel regret sbb x hantar die awal2 ke taska. Sbb byk benda die akan belajar di taska. One of it, discipline. Walaupun anak awak baru 10 bulan, bg sy umur tu dah memadai untuk antar ke taska. Die pun dah belajar berjalan. Nnt die tgk kwn2 die berjalan dan ramai2 lg laju die berjalan. lg seronok die nk berjalan. Taska nie pun mostly ada aktivity2 untuk bayi yg dah duduk @ berjalan nie. Rasanye okay Sgt dah tu nk hantar ke taska. X de masalah juga kalau awak nk hantar ke pengasuh yg dipercayai Tp 1 je, bila awak dah nampak red flag, cepat2 lah cari solution lain. N trust ur mother instinct. Mcm sy, dah 4 kali bertukar ke pengasuh, ingatkn yg pengasuh last tu okay lah, sbb sy plan nk antar anak ke taska bila die 3 tahun, lastnye pengasuh buat problem pula. Tu sy terus letak taska masa die 2 tahun lebih.

Pada saya hnatar anak ke taska lg free of mind. Sebab my first son, pengasuh kerap minta cuti. Kita pun xlah kejam, anak pengasuh xsihat tentulah dia perlukan cuti. Tp kita pn susah kene cuti jgk. Lepas decide hntar taska, alhamdulillah dah jarang cuti tiba2. Kene tawakal dan doa je anak kita di jaga dgn baik di taska. Lgpun kat taska ni mcm2 aktiviti ada. Kawan pun ramai. Bg saya better la. Apa2 pun kena tgk kemampuan sendiri jugak. Utk kata anak selalu xsihat, kita pn kene sediakan badan yg sihat utk anak kita. If required, ambil influenza vaccine. Beri vitamin c, etc. Anak pun kurang demam dan selsema. All depends in our kids antibody. Anyway the best sis!

Terima kasih atas pandangan puan. Sgt membantu. Hrp sy dpt cari taska yg ssuai. Bab kos mmg keras. Tp demi anak sggup beri yg terbaik aslkan slmat & sihat.

Anak kurang dari 1 tahun setengah, lebih baik hantar pengasuh. Anak saya dari 2 bulan saya hantar taska, selalu sakit, macam tak pernah sembuh. Cikgu kat taska kata biasa la kanak2 selalu sakit. Bila sakit, saya pulak yg kena ambil cuti utk jaga baby. Saya pun bodoh, lepas 7 bulan berterusan macam ni, baru saya tukar ke pengasuh. Tapi dah terlewat, berat dan tinggi baby dah terbantut dan kena pakai inhaler oren (kurangkan inflamasi paru paru) setiap hari. Terlalu banyak kanak2 kat taska, mesti ada yang sakit dan jangkit sini sana. Tak sesuai utk bayi kecil.

Oh lupa. Tak termasuk kos masuk hospital. Masuk hospital kerajaan 3 hari RM100+. Masuk hospital swasta 5 hari RM4k+, covered by company insurance. Agaknya saya memang bodoh sikit, patutnya dah nampak red flag semua ni. Tapi masih hantar baby ke taska yg sama. Saya hantar pengasuh dah 3 bulan lebih. Sakit sekali je. Tu pun cepat je sembuh. Tak menderet2 mcm kat taska.

Sy rasa umur 10bln tu dah oky msuk taska☺️yg pnting awk kna cari taska yg brdftr, pastikn juga taska tu ada cctv sbab ada bbrpa taska yg x psang cctv. Kat taska ni baby dgn bdk bsar mmg asing, cuma klu psal sakit tu mmg akn bjngkit sbab ada bbrpa parents walaupn ank sakit mereka trpksa hntr utk stgh hari sbab x dpt cuti. Kat taska juga byk aktiviti yg mereka buat tmsuk baby 3bulan, so better awk hntr taska sja😆pengasuh ni ssh sikit, lg2 klu pngsuh tiba2 nak cuti, sakit bagai. Apapun semoga dpermudahkn😊

Saya lagi prefer taska berbanding pengasuh. Taska yang dicari pun filter betulbetul. Berdaftar tak. Berapa orang baby sorang cikgu jaga. Ada cctv tak & mudah tak nak access cctv in case anything happen. Kita bukan nak berpra sangka atau fikir negative. Tapi kita kena rule out semua possibilities bila kita letak anak kita dekat jagaan orang lain. Harapnya anakanak kita dijaga dengan baik & disayangi la.

baby bawah 1y, mmg nisbah 3:1, tooddler 5:1, seeloknya cari taska yang berdaftar dan pengasuh telah pergi kursus.

TapFluencer

Pada saya kalau dah tahu attitude pengasuh ke sesiapa je yang awak hantar tu tak menyenangkan. Better bertukar orang & tempat. Nak pergi kerja nak tenang, kalau dah tahu anak pengasuh macam tu bagi saya amat mengganggu fikiran kita pada anak juga. Cuba sis survey taska/ pengasuh yang harga ok service pun okay. Moga dipermudah urusan jumpa nya ya.

Betul tu. Boleh cari pengasuh lain

Hai puan . saya bekas guru taska. Baby seawal lepas pantang dh bnyk parents hantar. Klau bab demam, ikut pd ketegasan taska tersebut. Sebab setengah taska budak demam pun dia terima lg😅 Nasihat sy, survey2 dlu taska mana yg puan rasa elok sekitar tmpt puan

Memandangkan puas bekas guru taska, boleh x puan share mcmana ckgu kt taska handle 3 babh dlm 1 masa? Contohnya swaktu timing bby nk tdo. Sbb xsmstinya smua bby tdo srentak dlm 1 mSa. Msti ada yg ssah nk tdurkan. Boleh x puan share mcmana dorang handle?

better taska yg berdaftar n ade access cctv

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan