Iberet atau Obimin?

Assalam ibu ibu.. Saya nak tanya. Ubat apa yang agaknya senang nak telan? Iberet atau Obimin? Nak beli dekat farmasi. Ubat Zincofer yang dapat dari KK dapat makan 5 biji je. Tak tahan asyik muntah je lepas makan ubat tu ?

26 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Doc bg sy Iberet sbb anemia sikit. Doc sarankan makan selepas makan. Tp lebih baik makan masa perut kosong. Mula2 makan mmg loya gak tp lama2 okay. Sy ambik masa subuh n then tido balik nak elak rasa loya 😅. Lepas sejam dua br breakfast. Kalau x ingat makan subuh, sy makan sblm tido, 2 jam selepas makan. Bila start mkn Iberet, anemia pun ok. Doc suruh continue je. Makan Iberet/zincofer/obimin baik dgn jus or air putih. Elakkan makan dgn susu/kopi/teh. Kalau nak minum susu/kopi/teh, tunggu selepas 2 jam or 2 jam sblm makan ya ☺️

Baca lagi

Akak dari pregy 3bln smp skrg 8bln makan obimin prenavit je beli kat klinik swasta.hb maintain ok je takde masaalah.doktor kk pernah tanya mkn tak ubat yg kk bagi akak ckp tak mkn sbb dah mkn prenavit.dia ckp ok lah mcm tu tak payah mkn ubat kk teruskan mkn ubat tu je..sbb banyak sgt feedback kat sini akak baca yg mkn ubat dari kk pening muntah bagai..

Baca lagi

Sy nurse yg suggest iberet. Mse first mkn sblm tdo, bgun pg tu mmg rse sgt lemah + loya, tp sy tukar wktu mkn ptg ngn mnum air sunquick / ribena less sugar (nurse suggest) npk okay. Tak rse lemah mcm sblm ni. Tiap ubat ni depends pd badan boleh absorb / x.. Klu muntah2 pas mkn ubat tu mybe boleh tukar jenis lain

Baca lagi

Zincofer awl2 memng x srasi..lme2 kite sbar demi ank dlm perut insyaallah dipermudahkn..mcm sy mule2 mkn zincofer rse nk nngis je sbb muntah tp lelama tahan dn sbar alhamdulillah ok je..skng dh 34w msih setia ngn zincofer..hb pon xpnh trun lg😊

VIP Member

Ikut keperluan badan. Kalau mcm saya slalu check darah rendah, doktor suggest makan iberet. Kalau 11 ke atas try la obimin.. Maltofer org kata sedap, tp tekak sy rasa cm mkn habuk besi.. Xleh makan 😅

4y ago

Try mkn ubat dgn air oren.

Sy dulu zincofer tak sesuai jgk. Bgtau nurse KK ubat tu buat kita muntah dia akan tukar dgn vitamin lain ikut kesesuaian. So tkyah beli dah dpt dari KK je :)

Waalaikumsalam. Saya pun tak boleh makan zincofer sbb rasa nak pitam terus. Skrg saya makan Iberet. Alhamdulillah sedap lah telan sbb rasa coklt 😊

Kalau sy lebih suke obimin . Hari tu makan yg iberet , Ya Allah bau dia .. Obimin best sis . Takde bau . Makan ubt dengan air sunquick . Hb cantik .

VIP Member

Wa'alaikumussalam. Spanjang masa pregnant ni saya hanya sesuai makan ubat obimin pluz shja. Smua ubat dokter KK bgi tu tak sesuai dgn badan sya.

Sy anemia mkn zincofer... pregnant xbole telan ,mkn je mesti kuar balik...kk tukar ubat obimin alhamdullah skg 19week bole lg telan