Mental semasa berpantang.

Asalammualaikum semua, saya hanya ingin bercerita mental breakdown semasa berpantang. Masa saya lepas discharge ahli keluarga suami yang ambil saya, masatu ahli keluarga tanya tentang nama anak saya, saya kata ingin memberi nama pada hari ketujuh, tapi saya dah berhajat ingin meletakkan nama kepada anak saya dengan nama “ sekian sekian “ nenek suami saya hanya terdiam selepas mendengar nama anak saya. Sambil menahan sakit di dalam kereta, tiba tiba nenek suami kata “ nenek panggil dia aisyah, biar nenek je panggil nama dia aisyah “ saya terus terkejut sambil pandang suami, sakit di jahit pun masih terasa di tambah sakit di hati hahaha. Selepas sampai je kat rumah, nenek suami bukak bedung anak saya sambil tarik kaki anak saya, meronta ronta dan menangis anak saya. Kata nenek suami “ kaki kene ikat nanti dia cacat “ . Luluhnya hati saya sebagai seorang ibu bila dengar macamtu. Saya hanya duduk di katil sebab penat semasa contraction masih terasa. 2 hari saya tak tidur, sebab contraction dan bukaan yang lambat. Keesokkan nya anak saya ada demam kuning sebab susu saya tak keluar, breast saya bengkak, menyebab kan susu tersumbat, anak kene warded selama sehari. Dan kami kene ulang alik pergi kk. Semasa anak warded saya ambik peluang pergi mengurut untuk melancarkan susu. Alhamdulilah anak balik dia tidur lena ja sebab dapat susu. Tapi kuning anak tak turun, dari 9 naik 11, 11 naik ke 13, dan 13 naik ke 14.5. Masa tu saya takpakai kan anak bedung, saya tak bagi dia panas panas, saya bagi dia tidur dalam keadaan tak bedung, nenek suami marah sangat , kata dia “ ikat kaki budak tu nanti cacat “ saya buat diam dan keras kan kepala saya. Sebab doctor beritahu, function bedung hanya untuk bagi baby lena, dan fokus pada tangan bukan untuk meluruskan kaki. Alhamdulillah selepas saya biar anak saya tidur tanpa di bedung dan menyusu tiap 1jam, kuning nya turun sampai 11. Nenek suami suruh bagi anak saya susu kambing, susu kambing fresh, 1 sudu untuk hilangkan kuning. Saya ni first mom, jadi apa apa saya akan tanya doctor dahulu, saya bukan taknak ikut cara traditional tapi kata doctor budak dulu dan budak sekarang, badan mereka dah berbeza. Mil pulak suruh saya mandikan anak dengan air teh cina, saya ikutkan saja yang ni. Selagi tak memudarat kan, saya ikut. Yang moden saya buat yang traditional saya buat. Cuma yang beri anak minum makan, tu ja saya tak buat. Lepas dengar nenek suami panggil nama anak aisyah, saya jadi marah sebab saya beri nama anak yang baik makna nya. Tapi di katakan pula nama anak saya panas dan boleh membuat anak saya degil. Menangis saya. Lepastu anak saya kene ruam susu pada pipi nya, fil suruh saya letak baby oil, dan mil suruh saya letak minyak kelapa dara. Pada mula nya saya taknak buat, sebab bagi saya kulit baby agak sensitive. Tapi mil perli saya takpernah percaya cakap dia dan takpernah dengar cakap orang tua. untuk sedapkan hati, saya pun letak babyoil pada pipi anak saya. alangkah terkejut nya, muka anak kulit terkupas, ruam makin besar, paling sedih berdarah pipi anak. Rupanya baby oil bersifat panas. Dan hanya di boleh letak kepala bukan di pipi. Saya sedih sangat! Saya terus bawak pergi klinik, dan doctor beritahu anak saya kene eczema sebab baby oil yang bersifat panas. 😢. Sejak tu saya memang mendiamkan diri. Anak saya pernah disuruh bedung ketika keadaan panas, kerana takut anak saya kengkang. Selepas tahu anak saya eczema, mil saya salahkan mak saya kereta jemur anak saya pada umur dia 7 hari sebab kuning yang tinggi, walhal mak saya bukan jemur, hanya bawak anak saya keluar sebab kakak saya datang. Dan ia berlaku tak sampai seminute. Saya tatau pula anak keluar terkena matahari boleh terkena eczema pada umur sebulan. Itu sajalah cerita saya :)

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Biarlah nenek tu panggil A'isyah. Awak pekak kan telinga. Tak perlu sedih2. Fokus pada diri yg nak pulih drpd bersalin dan mengasuh anak dan cari ilmu pasal pulihkan eczema ni. Bincang dgn suami elok2, elakkan kerap berjumpa dgn keluarganya utk elakkan -ve vibes.