nak tanyeee

ape beza czer biase / emergency czer / electif czer ? bole terangkan takk stu perstu

8 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Emergency Czer (Pembedahan Caesarean Kecemasan): * Masa: Dilakukan secara tiba-tiba dan segera apabila timbul komplikasi semasa proses kelahiran yang mengancam nyawa ibu atau bayi. * Sebab: * Distres janin (bayi mengalami kekurangan oksigen). * Prolaps tali pusat (tali pusat terkeluar sebelum bayi). * Plasenta previa (plasenta menutupi serviks) dengan pendarahan teruk. * Abrupsio plasenta (plasenta terpisah dari dinding rahim). * Kelahiran terhenti (proses kelahiran tidak berjalan lancar). * Pecah rahim. * Keadaan lain yang mengancam nyawa ibu dan bayi. * Keadaan: Selalunya melibatkan keadaan yang mendesak dan memerlukan tindakan pantas. Elective Czer (Pembedahan Caesarean Elektif/Terancang): * Masa: Dilakukan mengikut jadual yang ditetapkan sebelum tarikh jangkaan kelahiran. * Sebab: * Sejarah pembedahan caesarean sebelumnya. * Plasenta previa tanpa pendarahan teruk. * Kedudukan bayi songsang atau melintang. * Saiz bayi yang terlalu besar. * Keadaan kesihatan ibu yang tidak membenarkan kelahiran normal. * Pilihan ibu (dalam beberapa kes, bergantung pada polisi hospital). * Keadaan: Dilakukan dalam keadaan yang lebih terkawal dan terancang.

Baca lagi

elektif tu kita plan awal utk czer.. xtggu tanda ke contraction apa.. tarikh pon boleh pilih sendiri.. usually kes2 ibu high risk ni dr xbg try2 normal terus dah.. ataupon baby besar sgt... mcm sy dpt kna elektif ni kandungan masuk 37wk terus czer.. sbb sy ada penyakit kalu makin lama baby dok dlm perut makin tggi risiko so baby cukup umur terus kna czer.. sy pregnant 7bulan dah dpt tarikh czer.. emergency tu kita xplan nk czer.. nk normal tp ada berlaku benda yg kita x expect, so terpaksa czer. contohnya dah induce jalan xbuka atau stuck dekat 2-4cm je, xcukup baby nk keluar.. atau pon bila smpai labour room tgk air ketuban dah hijau.. baby berak dlm perut.. atau pon teran2 xkeluar jantung baby dah lemah.. so terus on the spot doktor decide czer demi anak n ibu..

Baca lagi

Saya anak first & second dah dpt date for elective czer tp dua2 turun tanda awal dari date so jadilah emergency czer. yg first songsang baby tak pusing2 time turun tanda bukaan dah 5cm czer kt gov. Anak second plak czer kt private sbb 3months before pregnant ada buat operation buang cyst so takleh bersalin normal gap pregnant kejap sgt. Baby third plan nk bersalin kt private lg & gynae ckp kena czer juga even dah gap more than 2yrs tp dia boleh tak btl dulu. Baby 4 baru btl

Baca lagi
TapFluencer

Tak pernah dengar czer biasa. Emergency czer contoh awalnya doktor nilaikan boleh vaginal birth, bila ada komplikasi di LR, doktor berppendapat kena emergency czer untuk selamatkan ibu dan anak. Elective czer ni samada dipilih oleh ibu hamil tu sendiri atau doktor nilaikan awal2 kena elective czer sebab doktor dah nampak ada risiko bakal berlaku jika vaginal birth. Boleh pilih tarikh bersalin ikut prosedur / penilaian doktor masing-masing

Baca lagi

Czer cuma ada 2. Emergency czer dan elective czer. Dua² dah rasa. Emergency czer dan elective czer. Anak pertama & kedua emergency czer. Semuanya rasa cepat sangat berlaku. Tak sempat sedia apa2. Anak ke-3 normal delivery tp extreme premature. Yang ke-4 elective czer, czer yang dirancang sebab pernah ada sejarah czer sebelum ni dua kali. Doktor yang bagi tarikh untuk czer.

Baca lagi
6mo ago

hi sis, nak tya knp ketiga normal delivery ya?

czer ade 2 je, elektif dgn emergency. kalau elektif tu bnde yg dh plan awal dgn doc, cnth sbb baby kecik, baby terlalu besar or masalah kesihatan lain. kalau emergency pulak, bnde decide waktu LR, on the spot tnpa planning, cnth baby dh nk lemas, baby dh terberak dlm perut tp takdek bukaan lgi etc.

Baca lagi

Elective czer - dah ada tarikh / plan utk bersalin czer Emergency czer - mcm sy minggu lepas dah ada bukaan 7cm bila ketuban pecah keluar najis baby, baby dah beyakk cepat2 sign surat utk emergency czer.. padahal anak first bersalin normal je.

C-sec biasa & Elective C-sec sama. Planned/expected delivery. Awak dan doktor boleh bincang dan pilih tarikh untuk C-sec. Emergency C-sec means unplanned/unexpected delivery. Keputusan di buat masa dalam PAC or labor room.