Suami selfish

Apa perasaan korang ada suami tapi sentiasa sendirian. Tawar hati tapi masih lihat sisi baik dia. Rasa sayang tu tak sehebat dulu. Isteri dan anak dirumah sendirian sedangkan dia bersama hobi diluar sampai kepagi. Sampai aku rasa cemburu dengan pasangan lain. Dia biarkan aku semua benda buat sendiri. Berkahwin tapi hanya di kertas. Sakitnya gantung tak bertali ibarat luka tak berdarah dan dibunuh tapi tidak mati. Apakah harus aku lakukan?

5 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Minta nasihat pegawai di pejabat agama terdekat. Sesi kaunseling suami & isteri. Jika mahu pencerahan ttg tggjwb suami isteri & lain2. If husband sis nak dtg ke sesi kaunseling & nk berubah la.

3y ago

saya rasa kalau pergi sesi kaunseling tu dia tk akan berubah sbb nya sy dah selalu pesan, discuss dgn dia tpi tetap pendirian dia mcmtu jugak😌