macam mana nak pisahkan anak dari isap cap gantung? anak tahun depan bulan 5 dah 4 tahun...

anak suka isap time nak tido & gentle time minum susu...

16 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

teringat dulu ank sulung sy sampai 3 tahun lebih juga bf. 2x cubaan nak wean off. yg waktu umur 2 tahun tu xberjaya. 🤣 cubaan 2nd time ni sy buat: 1. Remind - 2 bulan sblm tu hari2 ckp dkt dia dah besar, tak boleh minum susu mama dah. husband pon sama sekali pesan dia. ckp malu nnt org tgk. camne nk pergi school. Minta dia fikir. 2. Delay waktu susu - susu sy df ank time tido je, kiranya 2x sehari. masa lain sy bgi makan & suruh ank minum air masak. kdg ank mintak susu awal sy delay2 juga bagi sbb bkn waktu tido. ajak dia main la suh dia minum air masak dulu. so dia lupa. 3. Guna Emosi - Ada sekali tu nipple sy luka ada darah, sy tunjuk ank. Ckp sian mama sakit, xkesian ke ni ada darah. Ank sy mcm nak mintak susu tapi dia kesian kat sy sbb sy ulang2 ckp sy sakit tunjuk dia. so, dia stop la 1-2 hari gitu. Ada la part ank nangis2 tanya luka dah baik ke, dia nak susu. Tak boleh tahan diri dah ank. Sy pon kesian. Tapi waktu ni dapatla reduce to 1x per day df waktu tido mlm. 4. Alternatif - klo ank sis minum susu fullcream ke freshmilk, boleh bagi dlm botol susu/sippy cup/cawan dkt ank sebelum waktu tido dia. Mcm kes ank sy start 1 tahun lebih dia tak nak minum susu ebm, nk df je. Susu fullcream ngn freshmilk pon awal2 je dia minum pastu reject minum da. air masak dia kuat minum. makan pon dia ok. So, sy ok la wlopon df 1x sehari je. 5. Hati kena kental - kebetulan juga waktu cubaan 2nd time ni, ank & husband kena covid. jadi diorg kuarantin dlm master bedroom 14hari. waktu ni ank kan df 1x sehari. tapi sbb ank xnmpk sy sgt. bila time sy nak offer susu, husband sy kate xpayah sebut depan ank. husband pon rajin layan dia main dlm blk. time tido husband pujuk2 dia, baca buku la apa. dia jadi xingat sgt pon pasal susu. habis kuarantin je ank berjaya wean off bf. alhamdulillah.. (pssstt.. dlm kes ni husband la hati kental. 🤭) Skrg ank 4 tahun lebih minum susu coklat fernleaf calci yum guna susu botol 1x sehari either waktu pagi bangun tido or time nak tido. Depends klo haritu dia tak minta susu coklat mmg sy xoffer pon. Skrg ni sy tgh ckp kat ank nak suruh stop minum guna susu botol plk. Hehe

Baca lagi

Lama sis menyusu dia 😊😊😊, sy ank bongsu dh 2 thn 9 bln, tgn usaha wean off ank jgk... Sblum ni ada bca dlm TAP ni cara nk wean off ank, dia ckp jgn ltak ape2 kt puting, kene buat slow2 spya x calarkan emosi ank... Sy kurang minum air bg susu x bnyk, bila tiap kali dia mntk, sy tarik perhatian dia, ajk main, bg dia lupa y dia nk susu, skrg dh kurang nk susu bdn, mntk botol sbb x puas kot susu dh kurang, 😅😅😅, semoga d permudahkan urusan awk....

Baca lagi

mmg nak taknak kena cekal hati lah. mak nye pun kena stop bg. melalak ke menjerit mintak kena ckp baik2 kt dia. kalau tak kang sampai tadika masih menetek. kalau sis ada duit lebih, hantar gi playschool siang. kejap 2-3 jam pun takpe at least ada kawan lain. budak ni kadang tgk org lain tak buat, dia pun rasa nak stop. kalau style mak sy dulu letak kopi kt puting. pahit2 kompem dia tobat nak mintak.

Baca lagi
2y ago

betul. keperluan dia bukan susu dah. umur 2 tahun pun susu bukan makanan utama, apatah lg 4 tahun. kena konsisten bg kopi ke apa2 yg pahit/dia tak suka. try seminggu mesti takmau dah. yg penting kena teruskan buat.

anak saya yg kedua menyusu sampai 3 tahun. cara saya nak putus susu kan..saya contengkan lipstick warna merah menyala tu keliling nipple 🤣. astu saya buat² lah cakap "nenen dah berdarah. tengok ni dah keluar nanah (sambil picit susu 😂). muka kena main peranan. pura² menangis ke..buat² geli ke. hati pun kena kental ye mmy bila tengok anak merengek nak nenen..huhuhu.

Baca lagi

sy salah sorang anak yg hisap susu badan smpai 4tahun 🫣 sihat tubuh badan susah nak sakit tau Alhamdullilah..cuma sy dah tau malu waktu tu, akk sedara letak pisau ada sirap dekat tek 🤣 dah bijak waktu tu.. tau tu sirap bukan darah tapi lebih kepada malu org tegur 😅..

anak dah stop cap gantung, letak kopi kat situ mula² mmg meraung lah buat perangai tak nak minum susu,lepas berapa hari pujuk dia & cakap dah besar nanti nak sekolah, baru dia okay tapi minum susu dalam botol kene pegang situ jugak....kalau tak pegang tak minum....😅

VIP Member

uishhh lama nya sis😅 anak sya smpai 2 taun je susu bdn .. setau sya mmg limit smpai 2 taun je kan(betulkan sya if sya silap) .. kena paksa bagi susu botol jugak sis .. tapi dia 4 tahun dah , anak sya 4 thn pakai cup je 😅 x da pakai botol dah

2y ago

dia nak botol susu tu teruskan .. try bagi bantal ke pakai dia .. asalkan dia lepaskan susu bdn tu penting ..

TapFluencer

Manjakani sis asah sikit lepastu letak air sapu dekat puting, kerap sapu nnt dia hisap rasa kelat dia tak mau dah..lepastu sis offer lah susu kotak setiap kali dia nk susu..anak saya 2hari mcm tu dia dah tak minta

Sy letak pewarna mknan warna merah.. Anak br putus susu sbb bila dia tgk warna merah kat niple dia kata darah then terus tak nak..byk hr jg buat mcm tu sbb dia xpercaya ada darah..

saya tumbuk halia n bawang putih sapu kat puting susu..jgn sapu depan anak..bila ank minta bgi dia rasa..dia rasa pedas2 tak nak la..hati mak kena cekal..kalau meragam tu biasa..