38 Balas

VIP Member

Dr, betul ke anak yg minum susu formula dengan lebih lama kurang jatuh sakit?

Hi Puan, ini tidak benar sama sekali. Susu formula boleh diminum sehingga umur 10 tahun atau lebih. Tetapi, kanak-kanak juga perlu mengamalkan pemakanan seimbang.

VIP Member

What are the best type of supplements to give kids around 18 months old?

Hi there Sarah. Honestly, I firmly stand by the recommendation of the American Academy of Pediatrics that healthy children who receive a normal, well balanced diet do not need vitamin supplementation. But saying that, Malaysian children are know to have Vitamin D deficiency and iron deficiency. If your child lacks exposure to sunlight, has a limited intake of milk or calcium rich foods and does not like vegetables, then supplementation of these two micronutrients would be essential. At this age, the supplement is easier given in liquid form. :)

saya nak tanya...bagaimana caranya memperbanyak air susu badan...

Hi puan. Penghasilan susu badan berdasarkan prinsip "supply and demand". Ini bermaksud, lebih kerap puan menyusu, lagi banyak penghasilan susu. Puan juga minum air dengan banyak, makan makanan yang seimbang, menyusu atau pam susu sekurang-kurangnya sekali dari pukul 12 malam hingga 5 pagi. Puan juga boleh cuba pam susu selepas selesai menyusu anak. Makanan penambah susu contohnya kurma, halba, pegaga, badam, lobak putih dan barli juga boleh membantu.

vitamin c apa yang terbaik untuk anak umur 2 tahun 3 bulan?

Hi puan. Terdapat banyak vitamin C di pasaran sama ada dalam bentuk cecair, gummy atau tablet. Perkara paling penting ketika memilih adalah kandungan vitamin C. Kanak-kanak berumur 2 tahun hanya memerlukan 30mg Vitamin C sehari sahaja.

Hy doc. Nak. Tyak usia kehamilan brpa bulan perut mula membesar

Hi puan. Tanda-tanda hamil iaitu perut yang membesar biasanya lebih kelihatan pada minggu 12-16 kehamilan.

VIP Member

Hi Dr, bagaimana nak naikkan selera baby umur 8 bulan?

Hi puan. Ada kalanya baby tak suka makan bukan disebabkan tidak ada selera. Sesetengah bayi mengalami kesukaran untuk menelan makanan pepejal. Segelintir pula mempunyai deria rasa yang terlalu peka dan tidak suka makanan yang mempunyai rasa pahit contohnya sayur-sayuran. Ada juga yang bosan dengan makanan yang sama rasa setiap hari! Untuk bayi puan, cuba memperkenalkan lebih banyak jenis makanan, pastikan anak tidak minum susu 1-2 jam sebelum sajian utama dan yang paling penting, jangan paksa anak untuk makan.

ank sy kuning hari ni hari ke7 die ape ptt sy buat ye

Hi. Sekiranya kuning anak tidak tinggi, lampu phototerapi tidak diperlukan dan kuning akan dipantau sehingga ia hilang sepenuhnya. Cara yang terbaik untuk menurunkan kuning dengan cepat ialah dengan menyusukan bayi kerap. Ini adalah kerana kuning yang berlebihan akan keluar daripada badan melalui pembuangan air besar/air keci.

selamat ke kalau saye bagi susu karihome

Hi puan. Susu formula yang dijual di pasaran adalah selamat. Namun begitu, susu yang terbaik dan paling sesuai untuk anak adalah susu badan.

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan