Gosok gigi

Anak saya 1tahun setengah. Siapa ada tips untuk anak senang gosok gigi ye? Anak saya susu badan je tapi gigi dah mula ada hitam sikit. Makan manis ada juga tapi jarang. Setiap pagi saya cuba berus gigi tapi dia taknak buka mulut. Saya cuba jugalah gosok apa yang boleh. Dari kecil saya biasakan tengok saya gosok gigi, bagi dia pegang berus gigi.

8 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Kalau saya, setiap 4 bulan akan bawak anak ke dentist untuk sapuan florida. Dentist kata tak perlu tunggu gigi anak banyak atau penuh baru untuk buat sapuan tu. Cukup dengan satu batang gigi dah boleh visit dentist. Saya just boleh share tips from my dentist je. Baringkan anak, pegang kaki tangan anak and gosok. Sama macam apa yang mommy lain share ke awak. Ini cara yang paling berkesan. My dentist once said 'biar anak nangis sebab gosok gigi, jangan biar anak nangis sebab sakit gigi' 😅

Baca lagi
4mo ago

Sorry mommy. 🙏Untuk KK saya tak pasti sebab saya bawa anak ke private dentist.

anak sy mmg dr nb lg cuci gusi cuci lidah, bila ada gigi gosok gigi dgn ubat gigi, berus gigi ada dua, satu dia pgg satu lg sy gosokkan. sy xda tips sbb tiap kali masuk bilik air nk mandi mmg dia yg tunjuk mintak berus gigi mintak ubat gigi 😅. tp ada tgk dentist ajar, duduk letak baringkan anak kt tgh antara kaki kita, tindih kaki tgn dia guna kaki kita, pastu gosok. mula2 terpaksa nangis2 tp lama2 dia terbiasa dia yg nak

Baca lagi

sy bawa anak checkup dentist skali sapu flouride varnish stiap 6 bulan. Sama umur ank Kita. gosok je kena paksa nak xnk. pgg grip tgn kaki dia. sy pakai dua Jenis brus,berus Gigi biasa dgn berus silikon lembut Tu. ubat Gigi untuk baby sis Tu Ada fluorida x?

4mo ago

Kk klinik pergigian ada buat sapuan florida nie. Ambik appoinment dahulu.

Anak sye da tbiasa dr kecik cuci lidah dia.. sye ske bg anak baring kt peha & gosok gigi dia smbil nyanyi2/main cak2.. ble dia gelak, cpt2 gosok..

Ada bawa anak pergi dentist untuk sapuan florida x masa die umur 1 tahun? Boleh bawa die pergi ke dentist untuk check masalah gigi ada hitam tu.

4mo ago

Sapuan florida boleh buat kt Kk Klinik Pergigian. Boleh buat appoinment. Boleh. Mcm sy start anak 1 tahun, mmg ada appoinment dgn dentist. Lpastu terus buat Flouride Varnish. Setiap 6 bulan kena buat. Rasanye 4 kali sahaja sapuan florida nie. Lpastu akan check up gigi setiap 1 kali setahun. Swasta pun ada sapuan florida.

saya paksa je. nanti kalau melarat lagi teruk sampai kena cabut lagi susah. bawa pergi jumpa dentist juga untuk check.

kalau boleh jngn bagi langsung makan manis. kalau rasa x gosok gigi anak dngn sempurna. cepat rosak nnti.

Bawa pergi dentist sis. Seawal mungkin