Mata anak merah
anak berusia 3 bulan. ada yg tahu tak kenapa mata anak merah mcm ni pada kulit, dan anak mata sedikit merah. Air mata juga meleleh turun. Anak tidak menangis sebelumnya. selalu terjadi selepas mandi pada waktu petang, telah dipastikan tidak masuk sabun semasa mandi. saya dan suami dah bawak ke klinik 2 kali. dan setiap kali doctor kata mata tiada masalah dan beri ubat titis mata. sama untuk kedua2 klinik.
Pernah anak sy kena mcm ni tapi sy hrp baby sis bukan kena mcm anak sy. Anak sy masa tu 1 tahun 1 bulan kena naik ketut (nanah dlm klopak mata) dan pada mulanya merah sahaja dan cuma pada pagi matanya sedikit bengkak dan gatal tapi bila tengahari dah redah. Tapi esoknya lagi mcm tu. Kdg pagi esok esoknya lagi xda.. Akhirnya dalam masa 3 4 hari mata kadang surut kdg naik betul2 dah bengkak merah. Behari hari berminggu minggu masi merah dan makin bengkak tapi xdpt keluarkan nanah dalam kelopak mata atas nya. Sy sapu kan mata dia dgn kain bersih dan celup air suam kain tu atas kelopak tu dgn harapan surut bengkaknya. Lepas tu sy cuba sapu minyak aowaleet atas kelopak shj. Mlm tu juga dah nmpk surut sedikit dan kering tapi belum sembuh. Esoknya sy ulang lagi buat mcm tu, ibu sy diam2 dah lap matanya sebab nanah pecah. Terkejut ada darah sikit pada towel dia. Ingatkan ibubapa sy paksa pecahkan tapi dia pecah sendiri dan tak mmbahayakan matanya kalau dibersihkan segera. Tapi kesan luka kecil pada mata smpai skrg masih ada Tapi boleh nampak dia makin hilang. Lama juga tunggu sihat parut luka d mata tu dalam 2 bulan lebih sikit tunggu hilang parutnya. Maknanya skrg dah 1 tahun 3 bulan lebih. Cuba sis buat mcm tu juga n tindak lebih awal. Stiap kali tidur siap mnyusu, guna kain bersih basahkan sikit dgn air suam dan tekap lama sikit dalam 2 minit. Untuk kurangkan bengkak tu..
Baca lagi