saya menantu sulung, baru bersalin baby ivf bulan march haritu setelah 5 tahun kahwin. dari pregnant sampai bersalin dan berpantang husb saya jaga saya memang tiptop, tak stress langsung semuanya terjaga dan dimanjakan. cucu first, as expected semua excited. tapi MIL saya ni jenis terpaling concern terpaling pendapat yg buatkan saya meluat, walaupun berhubung melalui call/whatsapp saja, dah cukup meluat. sibuk la komen kenapa bagi susu tepung suruh bg susu badan(saya czer susu lambat keluar). bila dia tengok gambar baby saya dlm carseat sibuk nak komen carseat tu tegak sangat la, kenapa tak beli jenis lain (hello, carseat tu aku beli harga seribu, aku tau la pilih yg bagus.zaman dia bela anak carseat pun tak pernah guna banyak komen pulak). bila tengok gambar baby saya hisap puting (baby awal2 tu jenis nangis sampai muka biru, so tenangkan dgn puting dia ok), sibuk MIL komen awal sgt bagi puting. ada sajaaa nak dikomen nya, saya dah la dalam pantang masa tu meluat nya ya amat, emosi pun fragile, tapi saya memang jenis melawan. paling saya hangin bila husb minta tambah cuti untuk teman saya pantang kat kampung (boss approve), MIL pulak sibuk kata kenapa cuti lama sangat, tak elok cuti panjang (konon nak suruh jaga reputation). yang ni memang saya meletop, saya cakap kat husb jgn bagi saya dgr bila mak dia call (husb suka loudspeaker), saya stress banyak sangat komen, gila ke apa husb nak extend cuti dia tak bagi, padahal saya ni czer. saya mute group whatsapp family husb, tak reply apa pun dalam tu selama 2 minggu, lepas tu saya membebel kat story instagram sampai ipar2 boleh baca (tapi tak sebut directly la pasal MIL). sampai biras saya yg plan nak berpantang rumah MIL bulan september ni pun tak jadi, terus tukar plan pantang rumah dia sendiri. sejak dari tu baru MIL slowdown saya pun aman sikit. memang saya akan terus melawan pendapat2 annoying sesiapa pun. kalau berani sentuh buat bukan2 kat anak saya cuba la. saya mmg protective, dgn husb pun saya tak kisah nak perang kalau dia sebelahkan mak dia, so far husb ok dia menangkan saya (sebab dia tau kepala bini dia ni macam mana, haha).
Anonymous