Tak suka keluarga mentua

Amaran luahan panjang. Kalau komen rasa gatal nak kecam ke nak complain ke sila hentikan diri anda sendiri. Saya tak suka keluarga mentua. Bukan saja-saja saya tak suka. Sebelum beranak ni ok lagi. Lepas beranak mula tak suka. Ada antara mereka yang tak respect saya langsung sebagai ibu kepada anak saya dan lagi teruk tak respect saya sebagai manusia, isteri kepada ahli keluarga mereka jugak. Dorang anggap saya ni entah siapa-siapa. Macam lupa saya ni wanita educated, mak ayah saya didik saya dan hantar saya belajar tinggi-tinggi, pastikan saya dapat kerja bagus, circle saya memang penuh dengan orang educated, separuh saja dah doktor dan jururawat. Mungkin dorang lupa saya ni ada hati dan perasaan. Mak mentua. Saya dah luah sebelum ni. Dalam pantang pun dah serabutkan saya sebelum ni. Sekarang? Dah pandai main calit-calit air sunquick ke mulut bayi saya dengan alasan nak buat rasa-rasa. Walaupun saya dah tegas cakap "jangan lah. Dia kecik lagi" dia pandai menjawab "alah nak buat rasa rasa" Rasa apa ye makcik? Saya ni MAK budak tu tau. Kalau MAK budak tak bagi keizinan bukan ke nenek takde hak nak buat apa-apa? Kalau nak bagi bayi rasa rasa pergi buat anak sendiri. Dah la suka bukak aib saya merata. Kalau boleh satu kampung dia nak bising cerita saya beranak cser, berpantang taknak makan haruan, dalam pantang dah makan telur. Canang la satu kampung hal family. Mak saya sendiri pun tak buat macam tu. Buat apa cerita kat orang? Jadi bahan umpatan? Lepas tu suka banding-bandingkan anak saya dengan anak sedara dia yang baru lahir. Annoying. Tak bersyukur langsung. Dah dapat menantu kerja tetap, gaji sedap, dapat guna kereta menantu, anak dia pun dapat duk rumah banglo sebab menantu yang kena canang aib ni la beli rumah. Patutnya bersyukur bukannya burukkan menantu. Keluarga saya sangat hormati suami saya. Suami saya dilayan macam raja kalau dia balik rumah keluarga saya. Saya? Segala cerita orang tahu. Mulut memang macam.....entahlah. Sampai ada makcik cakap kat saya "harapnya anak awak tak ikut perangai nenek dia" saya aminkan cepat2.. hahah. Segala benda tak kena kat mata dia. Saya harap benda ni tak berbalik kat anak perempuan dia. Pak mentua. Nampak educated tapi...errr... bapak oiii baby tu baru 3 bulan! Nak lambung-lambung apa pak? Alasan dia "nak ajar baby lasak-lasak" Ehhhhh ni mak dia tau. Mak dia pun tak pernah lambung-lambung. Mak dia riba punya lembut! Tepuk nak burp pun lembut je. Dapat kat pak mentua.... hah. Dahla suka kacau anak tidur. Bila anak saya menangis pandai pulak bagi kat saya balik dengan alasan "alaa dia nak mak dia" No pakcik no.. pakcik kacau dia tidur sebab tu dia mengamuk. Buat tummy time pun dia marah. Time dia marah tu saya gelak sebab saya kesian kat dia yang takde ilmu, even saya dah explain tu tummy time untuk kuatkan leher baby pun dia marah cakap lengan dia tak kuat. Alahai pakcik.. tu la suruh belajar, gali ilmu takmau.. menantu ajar pun tak dapat terima. Yelah pakcik sorang je betul. Mak-mak sedara laki saya. Allah... ni lebih sudu daripada kuah. Yang sorang tu pandai mengajar saya cara jaga anak. "Kenapa tak pakaikan stokin" saya tenung tajam saya jawab "cuaca panas kan???" Anak dia tu pakai pampers saja takpa pulak. Saya pun tak bising. Anak dia dera anak kucing takde orang nak marah? Alasan "marah macam mana pun gitu jugak" hah tu lah sibuk pasal anak orang anak sendiri tu tak terdidik lagi makcik oi. Sorang lagi sibuk jugak... nak suruh anak dara dia mengasuh. Tak kuasa aku. Aku duit banyak aku rela bayar daycare. Kang entah apa disuap kat anak saya. Komplen pasal daycare. "Untung pengasuh dia jaga separuh hari je tapi bayar full" pastu dah kenapa? Ingat senang ke jaga baby orang? Dah orang banyak duit biarlah nak bayar daycare ke apa?? Nenek laki saya. Terpaling segala hal. Mak mentua ngadu kat dia lah saya larang calit air sunquick. Dia cakap apa "nenek dulu lenyek nasi bagi kat baby baru lahir." Masa tu memang geram nak menjawab "patut lah anak nenek ada yg macam kurang perkembangan otak. Orang ajar benda betul taknak terima" Masa tu geram sangat tapi tahan je. Ada satu hari tu dia calit garam kat mulut baby saya masa tu baby baru nak masuk 3 bulan. Dia menangis meraung sebab overtired and bahang panas dalam rumah dia. Alasan dia calit garam tu sebab nak halau hantu. Saya dah cakap "baby letih tu... " dia tetap nak calit garam dia. Susahla jenis terpaling betul and tak boleh langsung fikir ada boundaries antara dia dan cicit dia sebab cicit dia ni ada mak lagi. Common sense la mintak izin mak dia kalau nak buat apa pun. Dalam kereta saya marah husband "dah nampak anak mengamuk cepat-cepat lah balik??? Nak melepak apa lagi??" sebab dia pun macam tak faham bahasa tak boleh nak tegas langsung protect keluarga kecil dia ni. Beza lah dengan abang saya. Abang saya sangat tegas kalau bab lindungi keluarga dia. Mak sedara kami pun dia sanggup tengking. Saya tahu saya kena hormat keluarga suami. Ye saya hormat selama ini, berbual mesra dengan mereka sehinggalah mereka gagal menghormati saya sebagai menantu, anak orang, dan ibu kepada cucu cicit mereka. Saya dah tak mampu menghormati mereka dan berbual mesra dengan mereka. Kalau mereka tahu layanan keluarga saya terhadap anak/cucu lelaki mereka, mesti mereka takkan layan saya macam tu. Saya tak tahu sama ada mereka akan rasa malu atau tak. Common sense mereka seolah-olah tak wujud. Selain trauma proses beranak anak yang baru sorang, layanan yang saya dapat pun membuatkan saya tak sanggup nak beranak lagi sekali walaupun saya berhasrat menambah cahaya mata.

82 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Tegas sis tegas .dah suami sis lembik centu.yela family dea kan.cite sy,suami jenis mcm suami sis la senyap je bile mak pak dea buat mcm2 kt anak sy.mak dea lagi dok sebok nak tindik ank sy yg baru berapa hari alasan anak sy pompuan bia dea nmpk mcm pompuan.sume baby mmg nampak mcm lelaki.standardla kecik lagi.sy awal2 bole ckp baek2 lg taknak.baby aq saket bukan ko yg tanggung ya,pastu asik ckp je asal blk suroh tindik pegi sane je suroh tindik smpai adek dea ckp nanti kite bawak je tindik senyap2.ha sy ape lagi mmg da cabar sabar sy ni.tros tempik sy,kalau dah lame x makan penampa ha cube buat.anak aq rules aq.xde mak nak tgk anak dea x dpt yg terbaek.sejak tu dah x ckp psl tindik.eh byk lagi la ikotkan.nk suap kek manis la,sy sound tros.bapak dea isap rokok pon sy sound.g lantak.so dorang tau sy tegas maka semu x berani buat ape2 lgi.dorang nk ngumpat canang burok g lantak.anak aq bia aq yg tetapkn ape2 utk dea.mak dea idop lg blom mati

Baca lagi
7mo ago

kan sis... betul tu sy sokong kadang tak paham jenis mak mentua mcm ni kita punya baik tpi mak mentua pijak kepala semua benda tak kena padahal tu anak kita so kita tahu la nk jaga macam mana..

aku dgn mertua pun xok .. ank masi kecik dah bagi makan pelik2 .. sllu gaduh pasal ank je .. ckp aku ni xpndai jga ank la ape la .. sdgkan aku tgur jangan bagi makan sembarang tapi dia marah tu smpai d meluah dgn biras ipar dia .. malu aku .. paling sandi bekas minyak masak dah hitam tu d bagi makan sma ankku yg baru 7 bulan masa tu .. aku tgur dia bls dlu aku jaga ank2 ipar bagi makan ni je .. hidup juga smpai skrg katanya .. sakit btul hatiku .. actually dia xperna berank .. laki aku tu ank angkt dia .. tapi kluarga laki aku pun semua prcya ckpnya sbp adik beradik 😭 tahun lepas aku dah tak tahan .. kami gaduh teruk .. first time tingikan suara dgn mertua .. paling teruk dia ckp aku ni keturunan org gila .. sejak tu aku xmau lagi tingal dgn dia .. sejak ckp keturunan aku org gila .. ank aku pun aku tak bagi dia jumpa .. apa lagi dia jaja lagi cerita dgn kluarga kandung laki aku .. sejak tu aku menjauh dri semua kluarga lakiku .. mereka semua tak suka sy .. actually mertua yg pelihara laki aku pun perna suru kami bercerai .. hurmm ..

Baca lagi

Kuatkn smngat sis, sya pun prnh cuma bezanya pla anak sya mentua sya bgi minum air putih walhal baby sya nak myusu badan msa tu dia ambil dri pelukn sya dgn alasan msa tu anak sya cirit birit n demam dan dia buai anak sya yg mngis smpi penat dgn paksaan, smpi la 1 hri tu sya nak bw khospital anak sya dia hnya ckp tak pyah bw kehospital baby mmang normal demam n cirit birit ktanya nak mbesar mmang mcm tu,sya pun tak peduli sya call family sya dtg bw anak sya p klinik n pihak klinik sruh hntr anak sya ke emergency ward syukur sya brkeras tak dgr mil ckp bgtu klu tak ,tak tahu apa jdi ngan anak sya..lps tu habis husband sya sembur smua sakit hati sya psal mak dia sbb msa husband ada kat uma mentua sya tak mcm tu bila husband sya keja takde kat uma slma bbrapa buln bgtu la prngai dia,so sya penat nak jga aib mak dia sya bgtau smua knp anak kmi smpi msuk ward…lps tu husband trus ajak kluar pindah dri uma mak dia …syukur alhamdulillah…klu tak sya ni bukannya baik sngat bole jdi sya akan jdi mnntu kurang ajar klu tggl lma d sna🤣

Baca lagi

mcm mil sy..xtau la nk ckp/tgur mcm mna..sbelum ank sy 6 bulan sruh cmpur nestum dngn ssu ank..sy bgi jela kt ank sbb ank 1st..xtau sngt..skali ank xberak2..lpastu trbca bwah 6bulan cuma boleh bgi ssu xboleh cmpur2..trus bgitau suami, suami pn sruh stop, trus ank berak.. mil sy suka bwak ank sy jlan2, ank sy belum stahun lg bawak pegi niaga kuih skali..balik2 ank sy muntah penuh kuih.. pastu hri lain dia kluar dngn fil skali, ni pun ank sy belum stahun.. dia cerita ank sy smua bnda mkn/mnum..dia bgi kek,tea,kopi...terkejut sy dngar..tpi xbrani nk tgur even dlm hati nk sngt tegur😩..Sy bgitau suami je..suami pun ckp dia pn xtau dh nk ckp mcmna kt mil, nnti dia ckp "ak tahu la, ak da branak 5"... skrng ank sy 1y1m..mil beli bnyak jajan untk bgi dia mkn kt umah😭😭😭 xtau dh nk bt mcm mna..skrng ank sy jdi xnk mkn nsi..berat dia pn bnyk trun sy prasan sy ad ajk suami pindah..sbb sewa dngn mil ni pun byar sparuh2..tpi suami xmampu nk byar deposit umah sewa bru lg..sbb gji ckup2 je untk blanja tiap2 bulan

Baca lagi

Nak meluah jugak.. lepas bersalin and habis pantang, first time balik rumah mertua and ini cucu first. Anak saya baru nak masuk 2 bulan masa tu, saya baringkan sekejap kat ruang tamu and pergi dapur, balik2 je eh MIL saya dah duk calit madu kat mulut anak saya katanya biar dia cakap yg manis2. Lepas tu duk tanya kenapa sekarang tak boleh bagi air putih, nak bersihkan lidah dia tu kena pakai air putih. Siap cerita dulu anak2 dia semua dia bagi nestum masa baru lahir..Then ada satu pagi tu dia mandikan anak saya dgn air sejuk dari paip, habis meraung satu rumah tak pernah anak saya menangis kuat mcm tu. Dia kata anak lelaki kena latih jadi kuat, biar dia nangis. Itu belum lagi dia bising nak sapu bedak, dah cakap tak boleh tapi dia cakap ap pulak lepas mandi tk sapu bedak tak wangi lah, lol tu baby mmg dah ada bau baby. Itu belum lagi yang dia duk selit bawang putih dgn gunting besi utk pelindung katanya. Srsly MIL saya muda baru 50 thn and sgt bergaya ya fashion mmg on point tapi tu lah fikiran kolot.

Baca lagi
7mo ago

Eh samaaaa mak mentua saya muda lagi. Awal 50an je umur dia. Tapi pemikiran ya Allah.. sangat sangat kolot. Orang ajar benda betul taknak terima. Sibuk nak bagi rasa air sunquick. Tak reti nak sabar ke orang tua ni? Dia siap perli bila badan saya takde sakit-sakit atau gatal walaupun dah langgar pantang..

sis sama saya masa anak pertama suami ikut je ckp mak dgn kakak² dia... smpi satu tahap dia baringknn bby saya atas karpet berhabuk. tu pun laki saya buat de marah saya balik jgn cerewet lama kelamaan saya hilang sabar saya mengamuk bersemuka dgn klga mentua ..br suami tahu perangai klga dia SBG mentua.sbb mil ni jenis bertalam ....sibuk nak jaja fitnah kita anak perempuan sendiri balik rmh mak mentua tidur 1 MLM je laki MCM org bodoh ikut je, lagi sekor ni MMG mulut jahat muka je cantik tp jahat ... luahkan perasan dkt kita mak mentua saya burukkan laki dia pas kita BG nasihat kita kena fitnah. ni pun xnk balik rmh mak mentua alasan nak jaga mak dia ...seolah dia nk bgth laki saya ni xbertangangungjawab ...lantak kolh Situ klga pun tunggang langgang sibuk hal kita .kebanyakkan klga mentua kt Malaysia ni MMG perangai xbaik dgn menantu perempuan.Semoga kita semua bila dh de menantu jgn buat kat anak org mcmtu . Aamiinn🤲🏻

Baca lagi

Allah haih geramnyer baca luahan sis ni.. banyak terbuku di hati sis dan cara sis tulis memang terang lagi jelas sis sangat kecewa dengan keluarga suami sis.. Kalau sis boleh baca komen saya ni (dapat notifikasi), saya harap sis tahu yang perasaan benci sis tu valid. Ibu-ibu memang ada naluri protective and they would do anything to protect their child(ren).. Mungkin sis tak mampu nak sound setepek atau mengamuk depan muka dorang.. faham.. Saya pun tak rapat dengan keluarga suami, asbab mulut mil.. lebih kurang mil kita, mulut serupa longkang dan tak reti berterima kasih.. suka buka cerita sampai orang lain pandang serong kat saya.. sejak tu kalau berkumpul ramai-ramai saya tak tegur seorang pun ahli keluarga yg lain. Saya malas nak berinteraksi. Kang bercakap kang jadi modal lagi. Dasar orang tua umur dah kubur kata mari, perangai menyakitkan hati orang lagi.

Baca lagi

family laki sy pn mmg suka memandai mandai,sy mmg sakit hati ku tegur je(masih dlm nada hormat,even suara agak keras time tu) bila bercakap ngn org2 cmtu..depa wat2 cam xpajam bahasa, sy mmg kepit je anak sy..mmg kalau nk amek dukung ke cium ke nk main2 ke mmg sy xbg,sy akan acah2 bz nk bf anak or belek2 anak supaya dorg xdpt nak pegang anak sy..tp kalau dorg ada peluang ttbe dpt dukung anak sy,cecepat sy amek cakap jap nk susukn anak nk buat apa2 la sy goreng je,haha dorg prasan je cara sy tu nampak nau xbg, tp sy acah2 wat cam xda apa berlaku haha puas hati!! pastu dorg cam slowly pndai da mintak izin nk buat apa2 even nk cium anak sy pndai dah bgtau,sy still kekalkan tegas ayah mulut br lepas rokok kn td xelok kt bby,sy cakap je..nk harap suami bersuara emm,sbb tu sy bersuara je jnji ank ku sihat apa2 sakit ku jugak yg tanggung,jaga bukan depa..

Baca lagi

Hahahaha weh you mmg kena bertegas!!! And at some point, you bagi je balik dengan ayat2 pedas. I ni, mungkin bukan penyabar & garang. So I memang bantai je balik kalau diorang sembang lebih kurang dgn I 🤣 Masa I belum pregnant, asyik tanya bila pregnant. So I bantai je “Kalau I tahu, I boleh la bagitau bila. I pun taktau what do you want me to say??” So bila diorang dah tahu I ni garang, diorang tak berani nak lebih kurang dgn kita. Bila I dah pregnant, I dah siap suruh husband I booked CL, KPJ etc. Eventho I know they be like “mahal itu mahal ini govt ke swasta sama je keluar ikut situ jugak yadayada”, I don’t care. I yg nak beranak kan? So you duduk diam kat sana. In fact bila you mentioned daycare pun I totally agree. Rela hantar day care ye drpd bagi diorang yg “terpaling” ni jaga. Be kind & at the same time be firm.

Baca lagi

sbb tu payah kalau duduk dekat dgn mertua.. kalau dekat bau busuk kalau jauh bau wangi.. sy dah 8tahun xbalik rumah mertua kt kedah.. sy duduk kl.. malas nk balik kalau balik pun duk bezakan lah dengan menantu kaya dan menantu biasa2 ni dulu..dia xtau menantu yg dia kata kaya tu gov kontrak je laki bini.. sy ni gov tetap.. skng dia tau sy dh beli rumah kt kl, suami pun dpt keje lagi bagus ehhh blh pulak call suami xnk balik rumah ummi ke? selama ni makcik xamik tau langsung kehidupan kami.. sampai ank2 kami xkenal nenek atuk dia dan pakcik makcik dia belah sana tiba2 tanya xnk balik ke.. nasib baik anak2 sy dpt kasih syg atuk nenek pakcik makcik belah sy.. ank sy umur 10 dan 8 tahun mmg xkenal langsung fmly belah sana.. mmg mertua ni xanggap kita ni mcm ank sndri ke eh? untung sape dpt mertua baik2

Baca lagi
7mo ago

betul untung sape dapat mertua yg ikhlas and terima menantu seadanya. menantu ni pun manusia biasa. kalau dia rasa menantu ni banyak kekurangan anak dia pun banyak kekurangan juga