Baby Arabin dah masuk Trimester ke 3 🥹
Alhamdulillah segala puji bagi Allah, baby masih survive dalam rahim. Untuk 1st dan 2nd trimester, selang 2 mggu kena scan untuk tgk perkembangan dan tinggi pangkal rahim. Macam-macam ubat kena ambil demi baby 🥹 *Uterogestan (kuatkan rahim + hormon) *Aspirin (since ada history 2 kali keguguran 2nd trimester) *Zincofer + Calsium Tadi scan lagi baby cuma dah jarak 3 minggu untk scan growth sahaja, dah nmpk rupa dia walaupun 2D. Nampak bentuk mulut dia, hidung dia. Teruja sangat, harap baby lahir dengan mudah dan selamat sebab kitanya ada GDM (DC) + GBS, jd kna on antibiotik 🥺 Barang baby pun dah slow2 beli, nak beli pun takut2 sebenarnya sbb trauma masih ada. Tapi, apa2 mmg kena prepare..kesian baby xda kelengkapan nanti 🤭 Semoga dapat jumpa rainbow baby ni ❤️