Ttc 4y - Rezeki dari Tuhan

Alhamdulillah all praise to Allah. Dapat rezeki tak disangka² sungguh tak sangka betul. Period tak teratur dari sebelum kahwin. 2 tahun kahwin try check kot² ada problem laki bini. Turns out both takde masalah apa². Mungkin belum masa kami lagi. Try follow up o&g setahun, sampai clomide 3 cycle tak lekat juga. At last doc suggest pegi hospital besar untuk buat ivf. Dengan berat hati tapi tidak bermaksud putus asa, saya cakap kat doc. Kalau saya nak berhenti sampai sini boleh ke doc?. Doc paham dan beliau bagi kata² semangat InshaAllah akan lekat semula jadi. Dengan berjalannya waktu saya dan suami melalui hari² kami dengan apa adanya dan sentiasa bagi kata² semangat antara satu sama lain sampai satu tahap "its okay sayang, mungkin tuhan bagi kita rezeki lain" kami redha. Hati tenang. Orang sekeliling tanya kitaorang okay je. Main dengan anak kawan² sembang pasal anak² okay je. Yang ttc pasti paham la, mesti ada stock upt kan hehe. Satu hari tu, tengah hari tepatnya. Nak kencing tiba² teringin nak buat upt walaupun tahu akan dapat 1 line. Saje nak test². Celup tu laju je naik, line c terang. Saya angkat tengok dekat² kot² ada line samar² (masih berharap). Tiba² ada line samar, kejap je jadi terang. Double line! Sangat terang. Allahuakbar. Terlepas ayat tu dalam toilet. Menggelupur tak tau nak buat apa. Terus bersiap pegi klinik swasta nak confirm pregnancy. Sampai klinik tu hanya Allah yang tahu shaking sejuk debar segala macam. Masuk je doc tanya last period bila teratur ke tak. Then scan perut doc cakap tak nampak rahim ni kat belakang kena buat tvs. Lanjut scan tvs gerak² sikit tak jumpa apa² and for sure bukan luar rahim sebab takde apa². Tiba² doc gerak sikit nampak 1 titik dalam rahim. And doc cakap ha ni ada. Allah time tu mengalir terus air mata. Doc cakap kalau ikut last period dah 5weeks. Tapi saya tak teratur and tengok scan pun baru 1 titik mungkin masih baru around 2-3 weeks. Subhanallah dalam hati "nak kamu paling ditunggu² oleh semua orang". Selesai je masuk kereta terus vc dengan suami sempat la drama air mata. Sekarang dah masuk 5 weeks. Saya teringin nak kongsi cerita saya nak bagitau terutama ttcian, Allah itu maha baik. Dia lebih mengetahui apa dan bila yang terbaik buat kita. Sentiasa bersangka baik. Sentiasa syukur apa kita ada. Doakan orang lain juga. Tau itu ayat² clise tapi itulah yang saya dan suami buat. Nak tanya tips kitaorang takde buat apa² hanya menjalani hidup apa adanya. Maaf cerita agak panjang. Oh ya sebelum saya buat upt tu 3 hari sebelum tak silap, ada spotting sikit ingat nak period. Tanda² yang ada seperti nak period. Dah tahu pregnant buat masa ni takde alahan apa² lagi. Everything is fine. Doakan semoga baik² saja dari awal sampai akhir. Terima kasih yang sudi baca sampai habis. Tidak lupa juga doa yang terbaik untuk semua. InshaAllah ada rezeki untuk semua.

Ttc 4y - Rezeki dari Tuhan
20 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

waaahh tahniahhhhh syg....alhamdulillah.jaga molek..hanya TTcian yg fhm mcm mana excited, takut, berdebar, tak sabar....yela.take care yaaaaaaa.smga Allah rzkikan 9bln 10hari yg mudahhhhh

5mo ago

terima kasih doa yang terbaik untuk awak juga hugss 🫂

mashaAllah. betul kan, rezeki Allah tak pernah awal atau lambat walau sedetik. Dia tahu nak bagi apa yang terbaik untuk kita pada waktu yang terbaik. tc momsie 💜💜💜

5mo ago

terima kasih sis, doakan ya hugss 🫂

faham sangat bagaimana perasaan tu.. Saya pun TGH tcc.. skrg masuk 5years.. doakan kami hope tahun depan 2024 Allah kurniakan rezeki anak pada kami ..aamin

5mo ago

https://chat.whatsapp.com/DcbdYhIj53JFs4VdNDqpL7 64

Sy pun dah ttc 11 tahun dgn 3 kali gugur.... Sekrg dah mgandung alhamdulillah... Bulan depan due date sekrg dah 36minggu 3 hari....

5mo ago

allahu salute pada puan dan suami orang² hebat big hugs 🫂 semoga dipermudah untuk kita semua ya puan .

alhamdulillah tahniah dear... take care&have a good rest... doakan sy juga dpt merasa lagi pregnant after miscarriage last year... 💞

5mo ago

in shaa Allah... allahumma aamiin yaa mujib 💞

Alhamdullilah. Tahniah siss. Sama la kita pun 5w 🥰 kalau ikut dlm apps ni due date 29 july. Huhu weekend ni baru nak pergi scan.

5mo ago

jaga diri semoga dipermudah untuk kita ya hugss 🫂

alhamdulillah.. congratz ye sis.. take care!

5mo ago

terima kasih doakan semoga dipermudah ya hugss 🫂

Alhamdulillah tahniah sis . Hugs for you🥰

5mo ago

terima kasih doa yang terbaik untuk awak juga 🫂

Syukur Alhamdulillah ❤️😭

Alhamdulillah tahniah sis 🎊

5mo ago

terima kasih doakan semoga dipermudah ya. doa terbaik untuk awak juga hugss 🫂