HAMPIR GIVE UP

korang ttc berapa lama? apa tips supaya tk give up, mcm2 dah saya cuba tapi entahlah tkde rezeki lagi kan , sy terima. tpi entah kenapa rasa nk give up sgt padahal baru 8 bulan kahwin and ttc, ada yg lagi lama dari saya. kadang2 tu rasa nak je cek kt klinik ada apa masalah apa semua, sbb tertanya2 tpi ramai ckp setahun keatas baru doc layan 😢 2019 sy kahwin dgn 3 org lagi kawan sy, tiga tiga dah pregnant, padahal sy kahwin dulu 😢 setiap kali dorang bagitau dah ada mesti sy terus ambik wudhuk solat menangis sepuas hati😢 sedih sgt, opk bbt , bersama pada waktu pagi sebelum subuh, jaga makan, jogging, suami isteri makan supplement kesihatan, eveything dah buat. mungkin sekarang perkara last yg patut sy buat adalah redha and terima segala perancangan Allah, doakan sy ye terima kasih

8 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

awl perkahwinan mmg emosi mudah sntap.. tak perlu tunggu setahun utk buat check up. dah bole rujuk doc utk rwtan ksburan. kdg2 mslh tu xla bsr dan berat mana pun. ya...rzki Allah yg beri.tp kta prlu ikhtiar. lg2 bila awk runsing knp x hamil2 lg. jgn asyik keluh kesah..jgn bndingkn diri dgn org lain..sama nikah x smstinya sama ngndung..lain2 suami..lain2 rahim. prgi buat check up dlm mse trdekat. sy dlu 6bln nikah da jmp pakar. 9 thun sy ulg alik hospital mcm2 jnis utk rwtan ksburan. Alhamdulillah thun ke 9 ni Allah makbul juga. sy xnk awk menanti lama mcm sy. msti ada sbb xkne.. klu period xregular psti2 ada mslh. mgkin jg mslh brat bdn punca. mulakan diet yg sihat. suami pun kne sama2 ikhtiar.. sbb sperma tak smstinya sihat dan smpurna. stay positif dik.. sy faham..usia prnikahan antra 1-4 thun bg yg blum ada zuriat mmg struggle.. jd jgn tgu lg.. brtindak skg..bole rujuk hospt swasta atau gov..mne2 yg mmpu dr segi kewangan dan masa. bncg dgn suami. psti ada jalan.

Baca lagi
4y ago

opk bbt dah btul da..tp bnd basic iaitu kesan punca tak buat lg.. opk klu dpt dettect result positif..ektu subur jelas boleh kesan ..period pun regular cntik...brat bdn ok normal. kmgkinan mslh pd suami lah mgkin. kluar air mani semata2 bukn bukti boleh hamil..kne buat analisis sperma. sbb tu pntingkn buat rwtan..

VIP Member

Banyakkan bersedekah. Ikhalaskan niat kita buat semua kerana Allah. Masa bersama dengan suami jangan terlalu fikir untuk anak. Tapi enjoy in making love with your husband then you akan rasa tenang. Yang tenang tu lah yang mendamaikan. Then kedamaian tu kah yang membantu you untuk getting pregnant biiznillah in shaa Allah. Have Faith dan terus bersangka baik dengan Allah. Dia yang menciptakan benih dan seketul darah yang bakal membentuk janin. Maka, dengan siapa lagi perlu kita berserah dan memohon ? Bukan Allah taknak bagi. Cuma Allah nak tengok macam mana sabarnya kita untuk terima kenyataan bahawa rezeki itu datang dari-Nya. Semoga Allah kurniakan sis zuriat yang soleh solehah yang bakal menjadi Qurratu A’yun (Penyejuk Mata) & Penenang dihati sis dan suami. Moga Allah kurniakan zuriat yang terbaik dari sisi-Nya dan juga disis ibubapanya 💞

Baca lagi

KITA SAMA ! SAYA PON KAWEN THN 2019 BULAN 6...APA YG SAYA BUAT ? 1) Tepat 5 bulan lepas kawen sy buat appt dgn Klinik Pakar Wanita untk check tahap kesuburan + rahim...doc akan masokkn alat scan dr vagina untk tgk dalaman & alhamdulillah saya sihat sepenuhnya. 2) Saya cuba madu turki soullead by wawa zainal 3) Saya guna pakai balik cara kwn2 yg dh positif mengandung...semasa bersama jgn basuh air mani dulu kalau boleh pakai pad untk jaga kebersihan dah pagi baru basuh & tinggikan bontot skjp slps bersama.. *Saya buat ketiga2 ni dalam masa yg singkat & alhamdulillah next month tu sy positif pregnant...untk check kesuburan tu jgn tunggu setahun boleh je check awal bia la org nk kata apa..hrp awk pon positif pregnant as soon as possible💖

Baca lagi

jgn stress. jgn fikirkn sgt psl pregnant ni. sb ble da mengharap tp jwpnya negative . sakitnya hnya Tuhan yg thu😭 fikir yg baik2 bt yg baik2. amalkn mknn sunnah . delima,kurma,susu,madu..jgn mnm berais. bykn mnm air suam . jaga permakanan. bykn bersenam.. selalu solat jemaah . ikhls kn hati di setiap perbuatan kte.. bila bersama suami niat dlm hati ( shaja aku bersetubuh dgn suamiku utk mendapat zuriat yg soleh dan solehah kerana Allah Taala ) buat kerana ibadah bkn kerana nafsu semata2.. waktu bersama tu kalau blh 3 atau 4 hari sekali . seminggu sekali ke. sb sis akn rasa syg,rindu horny tu lain mcm.. sy amalkan.. allhamdullilah.. lg sebulan je nk bersalin😇

Baca lagi

klau sy lah, sy rase blom smp mase lg.... sbb rezeki Allah x pernah salah waktu. mgkin ada lg kekurangan diri kita yg perlu kita baiki. nak didik anak bkn senang.... mgkin tambah lg ilmu pengetahuan, ilmu agama

Jangan give up sis..saya kwen 6 tahun baru dikurniakan zuriat..skrg tgh berpantang..alhamdulillah..insyaAllah ada rezeki sis..lmbat n cepat je k..

Jangan give up..tp belajar untuk usaha dan tawakal. Rezeki masing-masing berbeza.

Saya 4tahun ttc sis. Jangan give up tau. Sentiasa positifkan diri.