selamat

Alhamdulillah dah selamat bersalin rabu, 5.28 pgi., berat 2.60kg baby girl. skng ulang check kuning pulak. Ada tips turunkan kuning x? ?

21 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Ini tips dr doktor pakar. Sebab anak sy pun kuning. Dan anak saya di diagnos sebagai jaundice breast milk. Bila jaundice breast milk, bermaksud... Kuning baby akan lama... Kadar penurunan sangat perlahan. Kadang2 xturun langsung. Sama je bacaan nya. Kalau turun pun bacaan 5 atau 10 je. And pernah tiba2 bacaan naik huhu. Kuning breast milk ni bukan maksud kene stop breastfeeding and bagi formula. Tapi keep on bg breast milk. Dia jd mcm tu sbb bila baby menyusu badan, ada lagi bilirubin dalam usus yg disimpan mcm xkeluar habis mcm tu la doktor explain. So make sure dia berak 6x sehari atau lebih and make sure baby kencing 8x sehari atau lebih. Kencing susah nak monitor sbb banyakkkk kali sgt dia kencing. Yg sy tau pampers dia berat. Dan berat badan dia naik. Hehe. So tu menjamin yg dia cukup susu dan sihat. Walau ada jaundice. Doktor pesan masa dia newborn dulu... Kerap susukan dia.... Kalau newborn, kejut dia SETIAP jam utk susu. Kalau dah besar sikit setiap 2 jam. Tapi biasanya saya ambil 1 jam setengah bila dia dah masuk 1bulan. JANGAN BIARKAN DIA TIDUR tanpa susu lebih dari 2 jam. Sbb baby kuning kuat tidur. Doktor kata jangan amek herba2 seperti jamu, kunyit, halia, lada hitam, halba etc... Hold dulu sampai baby reda kuning. Sebab benda2 ni panas, boleh naikkan kuning ank dgn mendadak. Sy ad try masa anak makin turun kuning dia. Sy igt da boleh start makan sbb sy mmg stop langsung herba2. Tp bdn rsa xberapa syok la kan... Terus bacaan naik. Mmg betul2 sy stop amek walau sedikit halia pun xkan amek dah. Sampai sekarang. Anak dah 2months. Bacaan bawah 100. Xamek lagi herba2 huhu. Then doktor pakar ajar cara bagi susu berkualiti pada anak. Susu bdn terbahagi kepada dua. 1. Susu awal (foremilk). 2. Susu akhir (hindmilk). Susu awal ni bersifat cair dan kurang pekat. Tapi tetap berkhasiat. Manakala susu akhir ni pekaaaat dan berlemak dan bertujuan utk kenyangkan baby. Jadi, cara bagi susu ialah bagi dia susu sampai breast "kosong" di satu belah dahulu. Baru bagi sebelah yg lain next sesi penyusuan. Macam saya, kalau anak menyusu lama dalam 20 minit... Sy bagi sebelah kiri (contohnya). Then next feeding sy bagi sebelah kanan pula. Tapi dia menyusu 10 minit je... then nnt bila dia nak lagi, sy tetap bagi sebelah kanan. Sebab 10 minit tadi mungkin dia dapat susu awal je. So sy bagi lagi. Sekarang...dia da 2bulan. Dah besar sikit... Walau dia da menyusu sebelah kiri sy tetap akan bagi kiri lagi. Sbb dia ad habit, anak sy ni suka cluster feeding. 10 minit 10 minit nak susu. 😂 So jangan amalkan bagi sebelah kiri, then dalam sesi penyusuan yg sama, awak ubah ke belah kanan pulak. Nanti sesi penyusuan tu, baby hanya akan dapat foremilk sahaja. Sedangkan dia juga perlukan hindmilk sama. Foremilk walau cair tapi tetap berkhasiat. Lagi... Doktor cakap, jangan bagi baby bergelap. So maksudnua bagi terang2. Sy dengan suami xpernah tidur dalam gelap sejak 1st week baby lahir. Mmg mencabar sbb baby xkenal siang atau malam. Setiap masa terang. Pagi2 suami saua akan bawak dia keluar rumah pekena angin segar at 7am or 8am. Kalau suami xde. Sy letak baby kene chaya matahari sikit. Tapi sy xberani jemur baby. Sebab risiko dehydration. Kalau baby dehydrated, berak dia akan warna hijau instead of kuning. Hati2 ye. Cara sy tu... Pintu rumah sy ad langsir, jadi letak je langsir tu. And letak baby kene matahari dr tembusan langsir. Dan sy pun duduk bersama baby di situ so that sy tau, dia panas ke x. Baby berbaju lengkap sbb sy xmenjemur. Hanya kena sipi2 cahaya je. Selain dari tu, antara mitos2... Awak jangan buat, doktor kata bahaya... 1. Bagi susu kambing fresh pada baby. Susu fresh sejak dr kita pregnant lagi kita xboleh amek sebab kandung bacteria dalam susu segar tu. Sama mcm kita xboleh makan raw food macam sushi atau raw egg. Jadi benda ni diaplikasi juga bila baby lahir. Jangan bagi baby benda2 raw unprocessed ni. Bahaya utk usus baby. Boleh ambil... Tapi ibu yg ambik. Bukan baby. Dengan hrpn khasiat susu kambing disalirkan ke dlm susu ibu. Tp sy xtry yg ni sbb sy tau anak sy kuning jenis breast milk. So mmg akan turun lambat laun juga. 2. Bagi mandi air herba cina yg warna kuning tu. Ni sebabnya bila mandi air herba tu, dia akan meninggalkan warna kuning pada badan (kulit) baby. Warna kuning tu melekat kat badan baby menyebabkan nanti kita susah nak pantau tahap kuning anak dengan sendiri di rumah. Kan cara tengok kuning ialah tekan kulit baby 10 saat dan tengok berapa lama dia ambil masa kuning utk hilang dari badan selepas kita angkat jari yg ditekan tu. So kalau kuning herba tu melekat pada baby, susah kita nak pantau sama ada dia kuning betul2 kuning atau kuning sebab herba tu. Apa pun... Check teknik lekapan dan position masa menyusu. Sebab ada juga orang yg di diagnos kuning sebagai breastfeeding jaundce. Breastfeeding jaundice dgn breast milk jaundice berbeza tau. Breastfeeding jaundice ialah bila mana teknik penyusuan, lekapan dan position menyusu yg salah atau xsempurna... Yg menyebabkan baby xdapat cukup susu... Membawa pula kepada kuning yg tinggi pada awal kelahiran. Sebab tu... Check pampers baby. Berak 6x kencing 8x... Itu tanda baby cukup susu. Kalau xckup? Tu tanda dia xckup susu. Memang orang kata baby breastfeed ni memang ada yg xberak berhari2 pun xpe. Tapi tu semain dia menginjak dewasa sikit (besar sikit lahh hehe) tapi newborn2 ni. Kene berak kerap utk buang kuning dia melalui najis. So peti buat test dan kenal pasti kenapa anak awak kuning. Test ni akan dibuat bila anak awak dikategori sebagai prolonged jaundice. Melebihi tempoh yg sepatutnya kuning sembuh. Tempoh dia berbeza ikut kelahiran baby matang atau pramatang. Test akan dibuat, amek darah kat tangan dan air kencing. Nak check thyroid, g6pd, dan lain2 sy xsure ad medical terms lagi. Thyroid and g6pd test masa lahir lagi dah ada. Masa lahir kalau baby g6pd mmg kita boleh jangka dia akan jaundice. Tp utk thyroid pula... Masa lahir dia ok. Tapi later on dia boleh tinggi. Sbb tu akan check lg sekali. Ritu sy buat kat swasta test ni... Xberani nak g gov utk cucuk and amek urine anak. G swasta, dia xbuat plak check thyroid. Huhu. Kene bt lagi la jwbnya.... Tp sy suka kat sana sbb dia akan cucuk anak kita depan kita. Telus. Dan dia make sure dia buat betul2. Xde korek2 jarum cari buluh darah huhu. Sy harap ini membantu awak. Sory panjang. 😅 Kuning anak sy nak masuk 3 bulan lagi dua minggu ni, dah bawah 100. Alhamdulillah dah boleh makan jamu dan herba2 utk kuatkan badan lepas pantang huhu. Demi anak, xpe la mak berkorban sikit makan jamu. Semoga anak sis sihat ye.

Baca lagi
4y ago

tq sis, insyaAllah sye cuba

anak saya, saya bagi mandi dgn air rbusan daun durian belanda.. alhamdulillah 3hari bturut2 mandi air tu dah trun kuning.. kali kedua check turun lagi n pastu alhamdulillah doktor ckap xpyah g check kuning lg sbb dah trun.. tggu umur sbulan bru dtg kk blik utk inject

Sy minum air Oren sunquick suam... Klau minum,baby menyusu... Baby akan buang air besar... Bila baby berak,baby akan buang kuning tu dri najis... Huhu... Jgn kecam sy... Sy mnum sbb suka air tu... Slain dri mnum air putih n Milo time pantang...

4y ago

oren mmg boleh minum, sye makan buah oren tp tak turun, baby kerap berak jgk..

Dulu kakak saya bagi anak dia minum susu kambing fresh. Bukan tepung. Balik panas kan n bagi baby minum sikit2. Nanti najis dia jadi kaler kuning then kuning berkurang. U may try if u want. 😊

Sy mandikan baby dgn daun kucai yg diblender. Pastu sapu dgn aloe vera dahi dan badan baby. Alhamdulillah drp 14.8 (almost warded) sampai td check tinggai 11.1. Setiap hr check ada penurunan.

4y ago

Yg penting ada penurunan. Mudah2an lpas ni dah xperlu check kuning lg

VIP Member

Sewa lampu biru utk baby kuning...blh tnya kt klnik atau google...dan kena kerap mnyusukan baby supaya baby kerap kencing dan berak...baby sy kuning dri 292 turun ke 169 dlm masa 3hari...

4y ago

Ooo mcm tu ye. Doktor sy plak suruh all the time atas mesin. Tp utk 3 hri je. Lpas tu biar dia turun sendiri xyah pakai mesin dah. Tu la apa2 nak buat kene rujuk doktor dulu. Cara guna maybe xsama sbb ikut keperluan dan keadaan anak kita kan? 😘

Alhamdulillah tahniah sis, selamat berpantg. Anak kuning elakkn mkn bwg putih, halia, lada hitam dan kerap susukn ank.. kuning ni dmm jgk if pns jgn dibedung ank tu..

4y ago

terima kasih sis.❤️

Mndikan dgn daun belimbing sis. . Anak sy kuning tinggi smpi admit kua je dr wad sy mndikan dgn air daun belimbing alhamdulillah turun

4y ago

anak tak sesuai dgn daun belimbing, kuning tak turun malah makin naik 😅😅

Cari daun cermai rebus, air rebusan buat mand baby.. Ibu makan anggur hitam..sy dh buat.. Kuning baby turun dlm masa 3-4 hari... i

Tahniah sis. Selamat berpantang. Kerapkan susukan baby. Dan try mandikan baby dgn mandi air herba beli kedai ubat cina

4y ago

owh, ada air herba utk kuning ya.. baik sya cuba