Give up seorang ibu

Aku ibu dua anak.. dimana keduanya rapat jaraknya.. pjj dengan suami.. alhamdulillah dekat dengan adik beradik.. anak aku yang first speech delay umo dua tahun yang kedua masuk 4 bulan.. disebab kan aku ni suri rumah dan nafkah pun cukup makan aku tak mampu nak hantar anak ke kindergarten.. mungkin akan mencetus kecaman orang ramai.. aku dah rasa give up untuk anak first aku.. dengan terrible two dia dan tak nak orang lain buat aku rasa lelah.. rasa macam tak nak berjuang untuk latih dia bercakap.. ya.. kecam la aku kerana tak mampu untuk menjaga jarak antara dua anak ku ini.. macam macam jugak aku fikir memandangkan dia anak sulung dan kurang interaksi dengan orang aku dah tak mampu nak ajar dia sendiri.. biasa la budak yang tak pandai cakap akan tantrum.. dan disebab kan aku kepenatan uruskan keduanya aku rasa aku nak give up untuk latih dia bercakap.. kekadang biasala budak.. bila disuruh tak nak buat dilarang beria nak buat.. tapi bila tido keduanya cari aku.. kalau bapaknya balik pun tak nak ngan bapak dia.. aku punya penat sampai pernah terfikir nak cerai.. entah la...

27 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya pun gitu dulu. Anak saya diagnose pekak dan juga autism masa umur 1tahun7bulan. Saya pun suri rumah. Masa tu jugak mengandung anak no 2 7bulan. Allah uji puan sikit je puan. Jadi puan kene kuat demi anak2 puan. Puan sendiri nampak diorang tak cari ayah, sama macam anak2 saya. Diorang takkan cari ayah dia sampai lah sekarang. Sekarang anak saya yang sulung dah 6tahun. Sampai sekarang tak bercakap, di ketegori pekak bisu dah pun. Tapi syukur alhamdulillah, dia anak paling mudah saya jaga walaupun dia autism dan pekak. Walaupun dia hari2 bagi mak dia tukar hijau 🤣. Saya tak tahu nak cakap macam mane, tapi nasihat saya puan kene kuat demi anak2 puan. Kalau puan give up, macam mane nasib diorang akan datang. Saya pun penah penat macam puan. Saya depression dengan anxiety on ubat. Tapi alhamdulillah saya berjaya mengatasi masalah2 tu. anak2 jugak penyembuh saya. Kalau puan betul2 penat, hantar lah anak2 tu bagi sape2 yang puan percaya untuk jaga. Rehat kan badan tu. kalau betul2 penat jangan terlalu paksa diri okay. Virtual hugs 🤗. Semoga Allah lindungi puan sekeluarga

Baca lagi