Give up seorang ibu

Aku ibu dua anak.. dimana keduanya rapat jaraknya.. pjj dengan suami.. alhamdulillah dekat dengan adik beradik.. anak aku yang first speech delay umo dua tahun yang kedua masuk 4 bulan.. disebab kan aku ni suri rumah dan nafkah pun cukup makan aku tak mampu nak hantar anak ke kindergarten.. mungkin akan mencetus kecaman orang ramai.. aku dah rasa give up untuk anak first aku.. dengan terrible two dia dan tak nak orang lain buat aku rasa lelah.. rasa macam tak nak berjuang untuk latih dia bercakap.. ya.. kecam la aku kerana tak mampu untuk menjaga jarak antara dua anak ku ini.. macam macam jugak aku fikir memandangkan dia anak sulung dan kurang interaksi dengan orang aku dah tak mampu nak ajar dia sendiri.. biasa la budak yang tak pandai cakap akan tantrum.. dan disebab kan aku kepenatan uruskan keduanya aku rasa aku nak give up untuk latih dia bercakap.. kekadang biasala budak.. bila disuruh tak nak buat dilarang beria nak buat.. tapi bila tido keduanya cari aku.. kalau bapaknya balik pun tak nak ngan bapak dia.. aku punya penat sampai pernah terfikir nak cerai.. entah la...

27 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Saya juga suri rumah & ibu kepada 2 org anak. dpt anak kedua masa anak yang sulung br berusia 2thn 1bln. Anak sulung pun dulu speech delay, masa umur dia 3thn lebih br blajar buat ayat 3p.p, kemudian saya hantar dia ke taska kemas masa umur 4thn supaya dia belajar bergaul dgn rakan2 sebaya. Alhamdulilillah progres anak semakin baik & tiada lg speech delay.. dia dh boleh bercerita seperti kanak2 tipikal yg lain. Namun adik dia pun speech delay juga skrg dh berumur 3thn lebih. Memg mencabar & down bila kene lalui fasa anak speech delay sekali lg tp sbg ibu bapa jgn give up dgn anak. Teruskan usaha yang termampu utk anak mcm hantar terapi & cari ilmu2 berkaitan drpd terapi2 yang bertauliah. Smoga kiter terus kuat demi anak2.. In Syaa Allah, Aamiin.. p/s: Puan boleh cuba mohon taska kemas yang berdekatan dgn tempat puan, yuran bulanannya jauh lebih murah berbanding swasta. Tarikh tutup 31.10.24.. download borang permohonan di https://www.kemas.gov.my

Baca lagi