Give up seorang ibu

Aku ibu dua anak.. dimana keduanya rapat jaraknya.. pjj dengan suami.. alhamdulillah dekat dengan adik beradik.. anak aku yang first speech delay umo dua tahun yang kedua masuk 4 bulan.. disebab kan aku ni suri rumah dan nafkah pun cukup makan aku tak mampu nak hantar anak ke kindergarten.. mungkin akan mencetus kecaman orang ramai.. aku dah rasa give up untuk anak first aku.. dengan terrible two dia dan tak nak orang lain buat aku rasa lelah.. rasa macam tak nak berjuang untuk latih dia bercakap.. ya.. kecam la aku kerana tak mampu untuk menjaga jarak antara dua anak ku ini.. macam macam jugak aku fikir memandangkan dia anak sulung dan kurang interaksi dengan orang aku dah tak mampu nak ajar dia sendiri.. biasa la budak yang tak pandai cakap akan tantrum.. dan disebab kan aku kepenatan uruskan keduanya aku rasa aku nak give up untuk latih dia bercakap.. kekadang biasala budak.. bila disuruh tak nak buat dilarang beria nak buat.. tapi bila tido keduanya cari aku.. kalau bapaknya balik pun tak nak ngan bapak dia.. aku punya penat sampai pernah terfikir nak cerai.. entah la...

27 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hai awak. Saya pun mother of two. 3year & 5months. Saya pun surirumah. Mungkin x layak nk beri nasihat lagi sebab tak cukup asam garam lagi dalam rumahtangga. Kewangan kami pun cukup cukup makan jugak.. Pernah je burnout. Pernah jugak PJJ dgn suami. Satu je yg selalu saya SET dalam diri bila burnout, ANAK ANAK ni AMANAH yg Allah bagi. Diorang TAK minta utk dilahirkan. TAK minta utk jadi speech delay/autism/hyperactive and so on. Diorang lahir suci ibarat kain putih.. Apa apa pun ujian yg kita dapat, kita kena terima. Harungi je. In Sha Allah semua akan baik baik soon. ❣️ Sebenarnya, suami jugak yg perlu memainkan peranan/effort lebih lagi lagi tengah pjj. Kena sama sama bincang dekat part mana yg kekurangan tu utk selesai kan. Bila decide nak berkahwin / ada anak, kena ade give and take antara suami isteri. Please, tak semua cerai boleh menyelesaikan masalah. Lagi lagi anak anak masih kecil. Masih perlu kan kasih sayang mak ayah. Semoga baik baik sahaja utk awak sekeluarga ❣️❣️

Baca lagi