UPDATE! kite dah bersalin weee

hi! it's me again hahaha. kan dah janji nak update haritu😂 Alhamdulillah sy selamat bersalin a healthy baby boy (belum sempat tanya berat sbb baby kt NICU, i ada GDM so kena pantau baby dulu 24h). Perjalanan nya tak mudah ya. penuh liku2 yang kalau tanya sekarang eh sumpah takmau hadap lagi. tapi nanti2 kita taktau lah kan. 25/2 sy admit di PAC siap kena marah dtg mlm2 haha 26/2 1st induced Prostin, sy kena IOL sbb GDM on ubat. masa ni jalan 2cm. 27/2 24j selepas 1st induced, 2nd Prostin & masih 2cm. no progress. 28/2 doc check Alhamdulillah ada peningkatan 3cm so tak induce kali ke-3. but the waiting game begin. pepagi tu nurse dah suruh mandi makan sesiap kot kena panggil ke LR. rupanya LR amatlah penuh & sy kena menunggu. 2/3 baru sy dipanggil ke LR, smlm lah kan. masa ni doc check jalan still 3cm & they decided to induce Pitocin. monitor 4 jam, check laluan sekali lg still 3cm. doc pesan kalau another 4 jam masih takda progress, maybe kena emergency czer sbb air ketuban dah pecah & takut baby lemas. jam 11:20pm selepas 8j on drip, still 3cm & takleh tunggu dah. 3/3 sy ditolah masuk ke OT & bermulalah prosedur. Alhamdulillah semua berjalan lancar. setakat pagi ni sy masih bedrest & gula dlm keadaan terkawal. tgh hari jap lg nak tgk baby! tak sabarrrr. cuma sedih sikit baby tak dpt tarikh lahir cantik 2/3/23 tp takpe yg penting semua selamat dah. thanks semua atas doanya. ni dah mmg bahagian sy. sy redha je kena czer. sy rasa sakit kena seluk lg haha dekat 20x kena seluk mmg tak syok😂 sy doakan yg belum bersalin. semuanya dipermudahkan & melalui proses yg amat2 senang 🫶🏻

34 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Alhamdulillah, tahniah sis.. Sy pulak 6hb wktu asar tu air ketuban dah kuar banyak dari rumah sehingga air bertukar colour paksakn diri cari cara utk turun p blk bawah dan tukar pakaian, lps tukar je sy terus drive gerak p hospital.. Dah x dpt nak tunggu sesiapa bila memikirkan 1 nyawa. Sampai je hospital doktor monitor Jantung bby & check laluan.. Sbb bby dah berak sikit, Jantung bby x berapa cantik, ctg x dpt detect & doc dh ada bagitau bkemungkin sy akan di hantar ke hospital pakar & mgk akan czer.. Lastly Maghrib tu sy di hantar ke hospital pakar, then kat sana monitor sekali lagi Jantung bby & syukur alhamdulillah Jantung baby OK je & selagi Jantung bby OK selagi tulah sy di benarkan bersalin normal, kalau x OK mmg emergency czer gak.. Time tu doa bebanyak je sambil baca doa dipermudahkan bersalin ...jam 1.57am 7hb alhamdulillah keluar la bby girl sy melihat dunia...owh ya, suami pun dah di benarkan masuk tapi buat ujian rtk dulu then lps tu x di benarkan ke mana2 selain tunggu kat luar tu sehingga di panggil masuk LR.. syukur alhamdulillah semuanya selamat.. Sekarang bby dah 25hari... Sama-sama la kita berpantang, 🤭 Selamat berpantang sis.. 😊 Semoga baby baik-baik saja, Aamiin

Baca lagi