nak tahu
Ade sesiapa kat cini anknya lahir pramatang... Boleh share pengalaman x...

Muhammad Aiman Zaquan nama diberi bagi ank pramatang sy yg dilahir 26w3d dengan berat badan 850g. Agak sukar utk sy hadapi semua itu krn keadaan baby tersebut blum cukup sempurna. Sekali thk spt ank kucing dan anak monyet dgn keadan tapak dn jari tgk belum terbuka. Keadaan muka yh masih terdapat lubang krn blum sempurna lg. Hnya pesanan Dr buat diri ini, jangan pedulikan org ckp dan byk2 berdoa. sepanjang masa sy berdoa utk anak sy. Hampir 6 bulan berkampung di hospital dan terpaksa cuti tanpa gaji. Apabila dah keluar dr hospital sehingga 5 tahun dan saban bulan kena pi check up segala bagai. Dan syukur Alhamdulillah anak sy kini berusia 9 tahun membesar dgn sempurna spt kanak2 yg lain malah merupakan pelajar pintar di sekolah. Apa yg menjdi iktibar buat sy, jaga la diri semasa mengandung dan kurangkan aktiviti lasak serta sentiasalah berdoa akan segala kebaikkan. Bagi sy ini satu keajiaban dan ujian dari segi mental dn fizikal dan sbgnya buat kami sekeluarga utk mengharungi anak pramatang. Hnya lafaz syukur yg x terhingga kini buat kami sekeluarga .
Baca lagi
Nurturer of 3 playful superhero