Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Sandev Singh, Pakar Gastroenterologi & Hepatologi, Thompson Hospital

Adakah anda mengalami pedih ulu hati ketika hamil? Atau mungkin masalah ketidakhadaman? Atau anda selalu 'bloated' atau kembung perut? Mungkin anda mengalami masalah pergerakan usus? Jom tanya semua persoalan anda dengan pakar kami iaitu Dr. Sandev Singh, Pakar Gastroenterologi & Hepatologi di Thompson Hospital pada 30 September, Rabu, jam 2 petang. *NOTA : Segala persoalan di luar daripada waktu dan topik yang ditetapkan akan dibuang atau tidak dijawab.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Sandev Singh, Pakar Gastroenterologi & Hepatologi, Thompson Hospital
15 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Hi doktor. Adakah masalah ketidakhadaman ketika hamil berpunca daripada makanan semata-mata? Atau adakah gaya hidup dan rutin harian seseorang mempengaruhi ianya terjadi? Harap doktor dapat berikan penjelasan. Terima kasih.

3y ago

Hi, Semuanya ada pengaruh untuk menyebabkan simptom ini ketika hamil. Puan harus mengikut time pemakanan yang regular, saiz makanan yang kecil tetapi kerap. Kurangkan makanan beracid, berlemak dan pedas. Elak-kan memakai pakaian yang ketat di pinggang dan beri masa sukarang-kurangnya 3 atau 4 jam sebelum tidur malam. Dr Sandev