Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Sandev Singh, Pakar Gastroenterologi & Hepatologi, Thompson Hospital

Adakah anda mengalami pedih ulu hati ketika hamil? Atau mungkin masalah ketidakhadaman? Atau anda selalu 'bloated' atau kembung perut? Mungkin anda mengalami masalah pergerakan usus? Jom tanya semua persoalan anda dengan pakar kami iaitu Dr. Sandev Singh, Pakar Gastroenterologi & Hepatologi di Thompson Hospital pada 30 September, Rabu, jam 2 petang. *NOTA : Segala persoalan di luar daripada waktu dan topik yang ditetapkan akan dibuang atau tidak dijawab.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Sandev Singh, Pakar Gastroenterologi & Hepatologi, Thompson Hospital
15 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Hi doktor. Saya selalu mengalami masalah pedih ulu hati ketika Hamil terutamanya pada trimester kedua & ketiga. Adakah ianya disebabkan cara pemakanan ? Atau rutin harian? Walaupun saya sedang berehat, kadang kala saya akan mengalami rasa tidak selesa dan pedih ulu hati. Mohon pencerahan daripada doktor. Terima kasih.

Baca lagi
4y ago

Hi Pn Khalidah, Memang masa hamil, masalah pedih ulu hati akan bertambah kerap. Ianya disebabkan pertukaran hormon masa hamil dan also saiz perut yang membesar. Cara pemakanan boleh diubahsuai misalnya kurang makanan pedas, berasid dan berlemak. Cuba guna 2 atau 3 bantal semasa tidur dan makan 3 or 4 jam sebelum tidur. Ada juga ubat yang boleh dicuba untuk mengurangkan simptom ini Dr Sandev