Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Sandev Singh, Pakar Gastroenterologi & Hepatologi, Thompson Hospital

Adakah anda mengalami pedih ulu hati ketika hamil? Atau mungkin masalah ketidakhadaman? Atau anda selalu 'bloated' atau kembung perut? Mungkin anda mengalami masalah pergerakan usus? Jom tanya semua persoalan anda dengan pakar kami iaitu Dr. Sandev Singh, Pakar Gastroenterologi & Hepatologi di Thompson Hospital pada 30 September, Rabu, jam 2 petang. *NOTA : Segala persoalan di luar daripada waktu dan topik yang ditetapkan akan dibuang atau tidak dijawab.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Sandev Singh, Pakar Gastroenterologi & Hepatologi, Thompson Hospital
15 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi Doktor. ada cara ke nak elak rasa pedih ulu hati tu? sebab rasa dia sangat annoying dan tak selesa. 😔

4y ago

Hi Dayyah, Memang ada ya. Dayyah boleh try 1. Kurangkan makanan berasid, berlemak dan pedas 2. Regular meals 3. Cuba elakkan pakai pakaian yang ketat kelilling pinggan. 4. Cuba guna 1 extra bantal seperti biasa 5. Kurangkan berat badan jika berat badan tinggi 6. Ada ubat seperti Gaviscon yang boleh dicuba. Ubat ubat lain memerlukan prescription dari dr. Harap ini membantu anda. Dr Sandev You can book an online or face to face appointment with me by clicking here https://bit.ly/3ucDfwB