Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Sai Sudha Ram Moorthi, Obstetrik dan Ginekologi, Pantai Hospital Ampang

Adakah anda di antara wanita yang sering ada masalah wanita? Terdapat banyak masalah wanita yang unik samada berkaitan dengan menopause, haid, masalah keputihan dan lain-lain. Masalah wanita ini tidak boleh di ambil mudah kerana setiap perkara yang berlaku pada badan anda boleh mendatangkan masalah untuk mengandung, kanser, cyst dan banyak lagi. Pernahkan anda tertanya, kenapa setiap kali nak datang bulan pinggang dan dada anda sakit semacam? Atau mengalami kitaran haid yang terlalu lama? Keputihan yang berbau atau berlendir? Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang isu kesihatan wanita yang sentiasa menjadi kerisauan anda bersama dengan Dr. Sai Sudha Ram Moorthi, pakar Obstetrik dan Ginekologi, Pantai Hospital Ampang pada 10 Mac, hari Khamis, jam 5 petang. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Sai Sudha Ram Moorthi, Obstetrik dan Ginekologi, Pantai Hospital Ampang
28 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

hello doc,sy nk tnya sy ada suntik perancang bln LPS sy period 3hri keluar MCM warna coklat LPS tu period dan hbs..doc suntik perancang ni blh perenant jgk ke.sekian

3y ago

Hi Pn. Risiko pregnant kurang dari 1% Bagi sesetengah pesakit yg guna ubat cucuk ( Depo-provera ) darah hair boleh kurang. Ada yang tak ada period langsung.

VIP Member

hi doc .... boleh saya tau sejauh mana kegatalan di tepi vagina yg memerlukan rawatan doctor? tapi tiada keputihan cuma kegatalan bila peluh

3y ago

Hi. Mungkin ada jangkitan fungal pada kulit sebab jadi lepas berpeluh. Perlu dilihat dan jika ya, perlu berubat. Kalau tidak, ianya tak akan hilang.

Kalau dah second trimester, kalau demam boleh ke kita mkn panadol dan ubat batuk? Atau ada dos yg perlu dikawal kalau ambil ubat tersebut?

3y ago

Hi Pn. Ubat Panadol boleh makan. Ubat batuk pun boleh - jika memang perlu. Sila dapatkan rawatan dari Dr dan bukan beli sendiri tanpa dipantau.

hi doc, tapak kaki selalu rasa sejuk, air kencing bau masam..5month post natal

3y ago

Hi Pn. Kena check air kencing untuk jangkitan kuman. Minum air secukupnya, lebih2 lagi jika menyusu badan. Tapak kaki rasa sejuk Saya tak pasti kenapa. Pakai stoking jika perlu.

hye evening doc..kenapa yee afi bole naik?kndungan 34w..afi 30.7

3y ago

Hi Pn. Ada beberapa faktor yang boleh mengakibatkan keadaan ini - polyhydramnios 1. Kencing Manis 2. Bayi besar 3. Masalah congenital seperti duodenal atresia ( uses duodenum tersumbat/ blok), esophageal atresia ( blok di salur PE makanan), 4.masalah Rhesus darah berlainan mengakibatkan bayi mengalami anemia dll. Pn perlukan detail scan dengan Dr Pakar feto-maternal

hi doc.. saya makan ubat perancang tapi xdtg haid.. normal ke??

3y ago

Kebiasaannya akan datang kalau diambil dengan cara yang betul - everyday ambik time yang sama, tak boleh miss ambik ubat. Kadang2 ambik masa sikit untuk kitaran menjadi betul.

Apakah ubat cirit birit yang sesuai untuk ibu mengandung?

3y ago

Hi Pn. Kebiasaannya saya syorkan ambik ORS ( oral rehydration salt ) setiap kali cirit-birit. Ini supaya jika ada jangkitan kuman dalam usus, is akan clear melalui najis. Jika berterusan sehingga tak bermaya, sila ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Untuk sakit perut yang memulas, Boleh ambik ubat buscopan tetapi bagi Dr periods Pn dulu.

hb selalu kurang kenapa

3y ago

Hi. Perlu check jenis anemia yang Pn ada - iron deficiency/ thalasemia ? Perlu compliant dengan ubat tambah darah