Lapar sgt² bila time buat BSP waktu 3rd trimester ni..

Ada x yg gini? Dlu sejak 1st, 2nd trimester ok je buat bsp kalau last mkn kol 7mlm.. Elok tahan smpai sarapan. Lps 7mlm biase minum air masak je.. sbb nk jage bacaan pg esoknya... La ni baru 30w, buat BSP rasa seksa sgt sbb masa x buat bsp pun lps 2jam mkn nasi gerenti lapar.. Lapar yg mcm blum mkn apa2 lg 2jam lepas tu.. Padahal sblom tu dah mkn.. Ni kene buat bsp, last mkn td jam 6ptg, last minum air manis kol 7mlm. (Fresh oren) Skrg ni dia punya lapar mcm puasa seharian. X tahan sgt.. Asik angin je dr td, dok sedawa.. Nk mkn takut efek bacaan pg.. Yela dah 30w ni kalau sangkut bacaan kang 2hari lg kene repeat bsp.. tak sanggup.. Skrg ni pun buat bsp every 2 weeks. Lps tu tkut sgt kene on insulin.. Skrg on ubat je.. Klu bole nak jaga.. Tgal 2bln je lg sblum bersalin.. Masa 28w baru2 masuk 3rd trimester tu ada kene jumpa dietian. Berdasarkan Full Blood Count (FBC) dia kata saya kurang protien. Sbb HB dok takat tu je xde perubahan. Jd dia suggest lebihkan protien, cth pg 3bj telur, lunch 2 ketul ayam nasi sayur. Dinner pun kene ambik protien. 2ketul ikan/ayam. Bila saya ubah cara permakanan saya. (Biase amik seketul je) berat saya naik. Risau plak.. Naik 2kg dlm 2 mggu ni + raya haji faham² ler hihi. Habis la kene bebel nnti.. Maybe sbb tu jgk saya kerap sgt lapar bila kene buat bsp. Buat bsp kene jaga portion.. Sbb kene kawal nak snacking pun x boleh tkut kacau bsp.. Rasa mcm x rela nk hadap bsp waktu 3rd trimester. Seksa.. Lapar x leh bwk bincang.. Share la tips korang...

2 Balas

TapFluencer

makan ubat tu kena makan siang ke mlm? kalau siang maksudnya salah satu bacaan tinggi. kalau mlm, bacaan pertama pagi tinggi. kalau siang & mlm. mmg kebanyakan bacaan tinggi. mcm sy dulu kena mkn mlm sahaja. sbb bacaan pg pertama tu tinggi. so tips sy, last sy makan jam 8/9pm & mkn ubat 2 jam selepas tu. sis dah makan ubat tu sepatutnya insulin sis dah terkawal. so makan je mcm biasa. kurangkan gula putih/air manis. ni yg paling penting. makan nasi, roti, mi, biskut boleh. tp kena jaga portion mcm sis ckp. jgn berlapar. kesian baby. ada kes berat baby tak seiring usia sbb ibu sekat makan. so baby tak dpt nutrisi cukup. andai kata sis dah jaga porsi, dah buat suku2 separuh, dah diet lah org kata tp still kena insulin, reda saja berlapang dada. anggap ni ujian & pengorbanan utk sis. nak besarkan baby nanti lg byk cabaran kan. ni kira sikit je. lgpun sis dah makan ubat, nak taknak kena serah diri masa 38w. so kalau add insulin pun benda ni tak berubah. nothing to worry. makan saja, asal berpada.

sama la...msuk 3rd tri mmg lapar sgt tp memikirkan effect kt anak kalau bantai je makan., jd bertabahlah..sy xmampu nk stop makan kul7 or 8..selalu last mkn jam 10..atau kalau sy stop mkn kul 9, sy cheat sikit makan ringan2 lps 2 jam (xselalu)..kalau contoh sy makan lambt kan smpai kul 11pm..esok tu sy akan lewatkan sarapan

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan