31 Balas

Sebelum pregnant saya dah consume zincofer selama 2 bulan berturut2. Mula consume, zincofer + air masak, lepas tu mabuk, pening loya rasa nak muntah. Google, rupanya salah cara makan. Ramai telan dgn air oren. Saya pun ikut skali. Lepas makan, telan ubat+ air masak. Makan buah oren terus sebiji. (Masa ni main telan je). Diiringi dengan snacking bersama : buah jambu batu/kurma/ susu HL/kacang kuda *utk naikkan HB (hb masa ni 8, 9.3) Dah pregnant, gi buka buku pink, check hb 11.3 waaa naik jugak. Tapi dapat lagi zincofernya. Dah la tengah loya, nak menelan zincofer lagi la rasa taknak. Tapi gagahkan juga. Nurse betulkan cara makan. *2 jam sebelum atau 2 jam selepas makan, telan zincofer. So cara saya: pagi tu memang breakfast nasi terus 😅. 2 jam kemudian, blend oren sunkist sebiji tanpa gula, letak ais sikit nak bagi sejuk. Siap blend. Telan ubat+air masak seteguk. Terus habiskan sikit2 jus oren. Masa ni kalau perut lapar dalam setengah jam or sejam lepas tu, saya ambik roti gardenia wholemeal sekeping (utk hilangkan rasa lapar, loya tu). *Certain org prefer telan dgn jus oren yg beli dikedai tu minutes maid, twister etc, tapi saya tak suka. Manis sangat Sekian... panjang kisahnya. Hehe Harap dapat try cara ni. Mungkin sesuai dgn tubuh sis 😘

Sama sis...sy pun akan mkn dulu nasi pagi2...lepas sejam lbih tu bru amik zincofer tu..pastu kira dan la jarak masa dia nk lapar balik tu. Xda loya nk muntah...dulu mula2 consume lepas bgn tdo...tp...muntah pas mkn zincofer tu. .terus tukar cara amik tu..

VIP Member

Sebenarnya dia dgn cara kita ambil jugak. Klu ambil tu, time pagi, muntahkan dulu apa yg perlu dimuntah. Kdg2 sb kita ada morning sickness, ada “isi” yg tak dinyah dulu, pastu bcmpur lak ngan ubat mmg jd loya terok la. Make sure perut kosong sbelum di ambil, atau at least perut kosong sejam sebelum. thats why effective ambil time pagi, lepas dah ambil, sejam atau dua jam kemudian baru makan. Jgn campur aduk dgn minuman or makanan lain.

Klinik kesihatan prescribed zincoffer tp esoknya saya kena cek dengan pakar o&g di hospital dan doktor hospital kata just carry on dgn folic saja. Saya tya knp. Dia kata u ada morning sickness kan and every time makan tu u muntah. So tak perlu paksa makan. Ubat tu x sesuai kalau kita masih alahan. So sy cuma mkn folic acid je la. Takde penambahan yg lain lagi.

Saya macam awak sis. Memang akan muntah. Makan pagi ke, malam ke memang muntah. So saya stop dulu sementara tunggu next check up 22/7 ni. Stress bila makan je muntah. Sampai lembik tak boleh nak buat apa. Rasa ubat tu lalu je kat tekak masa muntah tu. Lepas dah muntah pun terasa lagi 😭

Sis try makan waktu malam.. sy kne consume xincofer tu mase bulan pose hr tu.. nurse cakap lepas berbuka kol 8.. kira 2 jam selepas tu dalam kol 10 mkn la ubat.. alhamdulillah.. skrang consume tu xpernah muntah2.. hb pon ok dari awl pregnant sampai skrang result 12.. alhamdulillah..

VIP Member

Kalau tak boleh amik time pagi, cuba sis consume time malam lepas dah makan. Sebab saya pun kena benda yang sama. Doktor cakap tak kisah mana mana janji mana yang boleh makan. Tapi kalau sama jugak muntah, bgtahy nurse, nanti tukar ubat lain

VIP Member

Saya makan zincofer sebelum tidur. Nurse suruh makan ubat tu dlm keadaan perut kosong untuk tidur. Okay la sy makan dari first buat buku pink sampai sekarang masuk 7 bulan dah. Bangun pagi dah hilang rasa tk sedap ubat tu.

VIP Member

sy tukar waktu makan ubat. sebelum ni mkn pagi2 pas solat subuh, memang jd x selesa bdn, kdg2 muntah balik ubat tu, 2 3 hari ni sy try mkn waktu malam sebelum tdur, Alhamdulillah perasaan nk muntah,loya2 sume tu xde.

Saya dulu mcm tu juga...da try tpi lpas bbrpa jam memg muntah.saya tukar bli ubt sndri.sya mkan iberet500 memg okey smpai hbis prgnant..saya tnya nurse dlu sblum mkan.so nurse bnarkan..

Sama la.. mkn malam pon still muntah. Memang akan terjag jugak dr tidur utk bangun muntah semata. Haha.. i tukar maltofer lepas consult ngn doc since i pon ade mild anemia

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan