Berpantang tak mandi sebulan
Ada tak ibu sini yang berpantang tak mandi dan tak basah rambut utk sebulan? Tiap hari cuma lap2 badan sja. Sy sdh 7hari berpantang, leher rasa ruam, kaki rasa gatal, bau rambut yg amt sgt ?nak mandi pn mak tak suruh. Sbb dia cakap boleh buat meroyan. Hmmmm?

Bole ja mandi.. Lepas bersalin kt hospital, kalau larat dah nak bergerak bole mandi tuk bersihkan badan lepas bersalin.. Cuma mandi dg air suam je laa.. Balik rmh pn bole mandi macam biasa dg air suam dan herba mandian berpantang.. Badan pun segar dan selesa lps mandi.. Sy amalkan mandi air herba pd waktu pagi dan petang selepas asar.. Kalau lewat2 mandi sebelah petang badan bole masuk angin.. Mandi ni bole segarkan badan ibu berpantang, selain menghilangkan bau darah nifas dan susu yg mengalir kt baju.. Bole hilangkan stress dan penat jaga baby.. Badan pun tak miang dan gatal2.. Baby kita pun selesa dg kita.. Cuci rambut tu pn bole jg, tp jangan lah hari2.. Just seminggu 3kali ok dah.. Sy akan cuci rambut 5 hari selepas bsalin atau seminggu lps bsalin.. Sbab kata org tua2 kulit kepala kita ni akan terbuka sewaktu kita datang bulan or nifas..
Baca lagi