zincofer

ada sesiapa pengalaman mkn ubat ni sehari 2 biji ke? klu makan ubat ni wktu pagi lepas srpn mesti akan pening dan rsa nk muntah. klu mlm pulak lps mkn msti akan rasa lpr wlupun dh mkn ? dulu makan iron tablet tapi hb naik dr 8.9 ke 9.0 saja. sebab tu dr tukar ke zincofer ?

zincofer
128 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Sis boleh telan zincofer lepas solat subuh dengan air sunquick tanpa gula & banyakkan minum air masak, lepastu try lelap sekejap sementara tunggu ubat serap untuk sarapan pagi around 9-10, kalau lapar atau kerap sakit kepala, try kunyah buah jambu, elakkan minum susu time ubat serap, nanti dia sekat Malam pun camtu juga sis, kalau boleh makan malam berat2 tu last pukul 8, and then dh jarakkan 2-3jam atau sebelum tidur (pastikan perut kosong) telan ubat dgn sunquick tanpa gula Alhamdulillah saya amalkan HB saya maintain..pernah drop sekali 11.9, saya amalkan macam ni + susu kambing manna + air sunquick + jambu batu HB 13 sampai sekarang

Baca lagi

Saya makan nih, tengok keputusan hb bulan depan naik ke tak. First try makan x reti, makan pagi jee muntah, malam jee muntas. Lepastu nurse ajar cara makan dengan betul. Kalau makan pagi, kene makesure 2jam sebelum / selepas makan, makan ubat pula kene gunggu dua jam ubat larut . And susu minum Malam. Tapi Saya x boleh makan pagi.. Saya makan malam. Kalau malam Saya akak ambil makan malam 2jam sebelum mkn ubat, tapi Saya Akan makan ubat sebelum Saya Nak tidur Dan susu minum diwaktu pagi. Alhamdulillah cara nih berkesan.

Baca lagi

Sama laa . Mkn zincofer 2 kali sehari . Tpi sye mkn 1 jam selepas sarapan . Mkn ubat dgan air sunquick tanpa gula . Lgi sedap tak ada rse loya . Mlm pun same 1 jam selepas mkn . Lpas mkn ubat tggu dlm 10 minit sye mkn lgi nasi . Klau lpas mkn ubat sye tak mkn pape confirm akan muntah lpas tu rse pening-2 . Hb pun cntik dri mula-2 naik 12 trun 10 . Lpas tu mkn zincofer 2 kli sehari trus naik hb 12 . Yg penting kne mkn makanan yg bnyk zat besi .

Baca lagi

Saya tak pernah makan ni. Nanti khamis ni nak tanya doktor kalau saya boleh tukar iberet. Saya makan iron dan obimin. Tapi. Dos dia iron 2biji pagi 2biji malam. Obimin makan 1x je masa tengahari. Penat juga nak kira masa makan ubat tu. Sebab kena jaga betul² kalau tak. Sia² makan ubat. Saya takde rasa mual² oke je. Cuma kepala je sakit. Mungkin kurang HB. Itulah pening. Ke. Pembawaan budak. Tak tau lah. Hehehe..

Baca lagi

MasyaAllah ✨ Saya dulu makan ubat ni . And then tak serasi . Dr tukar ke ferous (yang pil kecik warna coklat) 2 biji sehari . Alhamdulillah hb dah normal . Saya juga amal kan after makan mesti ada buah kiwi . Sebab kiwi ada vit c yg boleh serap zat besi untuk proses tambah darah dalam badan . Puan boleh cuba tengok kalau serasi macam saya .

Baca lagi

Saya dulu pun alahan makan ubat ni, hb drop. Tapi lepas tu, tukar obimin hb naik mendadak. Lepas masuk 7bulan sikit, dah tak sesuai obimin sbb perut dh makin bsar. So saya tukar makan ganilia. Alhamdulillah. Semua okay. Susu pun keluar banyak lepas bersalin. Selepas sehari bersalin, terus keluar susu. Masuk hri ke3 , air susu asyik melimpah je.

Baca lagi
4y ago

Sis ganilia nie ubat tambah darah jugak ke? Beli sndri ye di farmasi?

Sy tak serasi dengan ubat ni. Doc suruh sy mkn sehari sekali je waktu pagi masa perut kosong. Tp dada dan perut rasa sakit mcm masuk angin. Sepanjang 2-3 minggu makan zincofer ni, 2 kali kena gastric teruk sampai muntah2 and tak boleh bangun. Pastu kak ipar suggest makan iberet folic. Alhamdulillah okay. So sy stop terus mkn zincofer.

Baca lagi

Sis sy mkn zincofer sebelum tido. Mkn sekali dgn jus oren. Alhamdulillah i didnt feel dizzy sbb mgkin trus tido kan. Kalo pregnancy lepas, sy amik time pagi dgn air, confirm sy akn pening sepjg bkerja. So sy stop mkn zincofer masa tu. Tp pregnancy kali ni agak menjadi jgk saranan nurse tu ttg cara pengambilannya. Try it!

Baca lagi
4y ago

Mkn sebiji je sehari sis

Saya pun makan ubat ni.. Mkn malam sblm tidur, time perut kosong.. Kalau kenyang takut termuntah.. lepas makan ubat ni, kena duduk2 dulu jgn terus baring nnt akan rasa nak muntah walaupun perut kosong.. Alhamdulilah ok.. Xblh makan siang, sbb mesti muntah.. Sy makan ni HB cunzz je 11 lebih-12 maintain..

Baca lagi

Saya mkn 1 biji jer..1st mkn ubat ni asal dh mkn jer muntah.. So dokter sarankn stop dlu mkn sbb saya masih ada alahan gan bau ubat tu.. Kndung saya masuk 4 bulan baru saya mkn blik ubat tu smpai lh skrng masuk 8bulan ok jer...saya mkn mlm jer lepas mkn nasi 2 jam mcm tu bru mkn ubat ni