9 Balas

Untuk mengurangkan rasa sakit dan mempercepatkan bukaan semasa induce, ada beberapa tips yang boleh dicuba. Pertama, pastikan anda banyak bergerak, sama ada berjalan atau melakukan senaman ringan yang dibenarkan. Ini boleh membantu bayi turun ke saluran kelahiran. Kedua, teknik pernafasan yang betul semasa kontraksi boleh membantu mengurangkan rasa sakit. Cuba untuk bernafas dalam-dalam dan tenang. Ketiga, berbincang dengan doktor tentang pilihan ubat penghilang rasa sakit yang sesuai untuk anda. Jangan lupa untuk bersiap sedia secara mental dan fizikal, kerana sokongan dari suami atau ahli keluarga juga sangat penting. Jika anda juga memerlukan suplemen untuk ibu hamil, boleh lihat di pautan ini: https://invl.io/cll7871 . Semoga semuanya berjalan lancar dan selamat!

Saya induce tak sempat nak bergerak2 senaman bukaan 3cm dah sakit mcm nak beranak. Terus tolak lr. Dalam lr pulak tak boleh gerak mana sebab dorang pantau jantung baby. Kawal penafasan pun tak jadi apa. Mintak painkiller nurse bagi tapi tak jalan jugak. Last2 bukaan 6-7cm dorang suruh teran. Baby sangkut sebab lubang masih kecik vacuum baby pun tak jalan sampai kepala baby pendarahan. Lama jugak teran last2 dorang gunting dua kali baru baby keluar 3.4kg. Rasa nak mengamuk pun ada. Sebab bukaan tak besar dan suruh teran. Sayanya tak reti teran first time mom. Mintak czer sebab dah tak larat. Dorang tak bagi. Lepas tu tak ikut keselesaan pesakit. Semua tak boleh. Sekian luahan saya. Semoga dipermudahkan urusan awak.

Aamin3x ya rabbal alamin. Terima kasih awak atas doanya 🥹 Moga doa yg baik baik berbalik pd awak jugak. Aamin!

mom of 2 here, dua dua anak saya pun induce sebab air ketuban leaking and second sebab kick baby tak cukup 10. utk tips tu, banyakkan tgk video control pernafasan bersalin dgn cara yg betul. and dgr arahan nurse & doctor. kalau husband boleh teman, husband pun kena mainkan peranan penting 😂 mcm saya, tiap kali contraction hit 100, husband akan cakap ok dah 100 and tlg bg semangat. saya dua dua 5 jam saje beranak by induce drip. induce kalau yg drip mmg cepat tapi sakit dia tu pun boleh tahan juga. semoga di permudahkan urusan bersalin✨

Baik sis saya akan cuba praktiskan semua tips kalau ingat dlm LR tu 😭 Terima kasih sis untk tips. Aamin3x ya rabbal alamin. Semoga sis sekeluarga sihat selalu 🤲🏻

takda tips utk kurangkan rasa sakit induced 😂 saya baru je lepas bersalin induced 19hb 11 baru ni. pada saya sakit 3cm induced bersamaan dengan 7cm tanpa induced. boleh bayangkan sakit kalau full mcm mana 😅 sy hanya cuba kawal pernafasan setiap kali dtg contractions. selagi larat tahan sakit, saya buat squat duduk kerusi dan gerakkan montot kiri kanan ulang². alhamdulillah baby lahir lepas 4 minit teran dalam LR.

Allahu seriau 🤧 Baik tq sis untuk tips tu. Saya cuba 🥹

Haritu saya mmg kena tahan wad sis waktu 35 weeks (2 mlm) & 37 weeks (1 mlm) sbb doc kata nk pantau sbb saya rasa sakit sblm tu. Waktu tu cek jalan mmg takde bukaan lg, tp baby, ctg, air ketuban semua ok. Yg untuk admit wad 40 weeks ni mmg doc bg surat dah untk serah diri.

Alhamdulillah sy x kena induce... dtg hsptl 8pagi cek 1cm.. masuk ward jam 10.30 11.45 terus ke LR besalin .. sy x reti dok diam... jalan banyak² gelek pinggang kanan kiri bagi kurg sakit.. lepastu time contraction dtg ... tarik nafas.. hembus kot mulut 3 kali ..

Baik sis. Thank you untk tips ❤️

Epidural 🤣🤣🤣 saya masuk belon, belon jatuh bukaan 4cm. Masa induce drip. Saya mintak epidural. 10hrs contraction 🫣

Allahu tahniah sis dh berjaya tempuh fasa tu ❤️😭

40weeks rasanya dia dh tahan wad kalau kita gitau mengeras dgn contraction

40 ke bawah mmg x tahan wad kalau xde bukaan

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan