27/02/2019 saya kena ambik darah. 2 3 kali jugalah dalam satu hari. And then lepas2 tuh scan lagi dari bawah. 4 kali juga tak salah saya scan dari bawah sebab doc nak make sure kedudukan luar rahim saya tuh. Dah scan bagai confirm di tiup sebelah kiri.
Operate asyik tertangguh sbb setiap kali nak tolak ke dewan je dewan penuh dengan kes2 berat. Alhamdulillah sepanjang stay hospital sikit pun tak sakit. Allah permudahkan saya.
Patutnya 01/03/2019 malam tuh saya dah operate. Tapi operation terpaksa dibatalkan. Kita ye2 puasa dari 9 pagi. Last2 pukul 10 malam dokter suruh makan sebab tak jadi masuk bilik bedah. Puasa balik pukul 2 pagi nanti. InsyaAllah tak ada halangan pukul 9 pagi operation.
Tup2 9 pagi pun tak operate2 lagi. Last2 7 petang saya ditolak ke dewan bedah. Haus sangat, dengan tak makannya, serious tak ada tenaga.
Sedih jangan cakap. Tuhan sahaja yang tahu. Sesiapa yang pernah mengalami nasib seperti saya pasti sangat memahaminya. Tak pernah ada anak lagi, tapi tiup sebelah kiri terpaksa dibuang. Sebab dah bengkak. Nasib saya baik sebab belum pecah. Orang yang dah pecah lagi teruk keadaannya.
Selesai operate rasa tak sempurna sangat untuk suami. Rezeki dan nasib kita lain2. Ada yang senang lekat walaupun sebelah tiup, ada yang tidak.
Alhamdulillah dapat suami yang sangat memahami. Tak putus2 bagi kata semangat.
Bersambung...