Air Gula ?
24hb ni minum air gula utk kali kedua ? Risau jgk hmm . Sbb mse prtama kali tu , sy ada termuntah cikit slepas minum sementara nk kne tggu 2jam utk ambil darah tuh ? Nak elak dari loya n muntah, apa perlu saya buat nanti ya? ?

Untuk elak kela minum air gula, elakkan minum milo atau minuman yang bergula tinggi sebelum jumpa doktor Saya pernah dinasihati begitu oleh kakak ipar saya. Malangnya saya hiraukan sebab macam tak relevan dan tak pernah kena pun masa anak pertama. Jadi, ada 1 ketika tu, sebelum jumpa doktor, saya minum milo sebab tak sempat nak sarapan, untuk lapik perut kononnya. Akibat atas kedegilan tu, tahap glukos saya tinggi dan saya disuruh minum air gula, dan dilarang makan atau minum (kecuali sedikit air masak) selepas itu Sudahlah minum air gula tu merupakan pengalaman deria rasa yang amat teruk, ditambah pula tidak boleh makan & minum untuk satu jangka yang lama, saya rasa amat tidak bermaya kerana anak pertama masih menyusu badan, baru umur setahun dan belum pandai berjalan, nasib baik bawa stroller, kalau tidak, mahu saya terus pengsan. Biasanya suami menemani saya, tapi nak jadi cerita, suami hanya dapat hantar kerana ada urusan kerja yang agak urgent ketika itu. Lagipun, check up biasa je... Dan tak pernah ada masalah pun Penantian selama 6 jam untuk makan & minum, dengan menyusu badan anak, di tambah tak sempat bersarapan, rasa nak pengsan tapi apa lak akan jadi pada anak jika pengsan, jadi kena tahan rasa nak pengsan tu merupakan satu pengalaman yang amat terseksa buat saya....i learned the hard way... Alhamdulillah
Baca lagi



excited to be new mom