296 Balas

Salam dan Hi warga TAP. Semoga semua berada dalam keadaan sihat sejahtera bersama keluarga. Saya dan suami mencuba nasib dalam program istimewa bantuan car seat ini dengan kerjasama Berjaya Sompo & Crolla. Saya dan suami sememangnya sedang mencari sebuah car seat baharu untuk anak kami yang kini sudah berusia 2 tahun 8 bulan. Namun tertangguh disebabkan musim pandemik ini. Kami telah menggunakan car seat sejak anak saya berusia dua bulan lagi sehingga kini. Pada ketika itu, kami hanya mampu membelikannya sebuah car seat yang berharga RM 100 lebih dan tidak mempunyai piawaian keselamatan yang diluluskan. Namun demi keselamatan anak di dalam kenderaan, kami tetap menggunakannya sehingga kini. Namun disebabkan tumbesaran anak, car seat tersebut sudah tidak dapat memuatkan anak lagi dan menyebabkan anak tidak selesa apabila duduk di car seat tersebut. Oleh sebab itulah, kami memerlukan sebuah car seat yang baharu yang jauh lebih selesa dan selamat berbanding car seat terdahulu. Semoga ada rezeki untuk kami mendapatkan car seat ini. Berikut merupakan sebab-sebab lain kami tertarik dan memerlukan car seat Crolla Alpha ini: 1) Crolla Alpha sesuai sehingga berat anak mencapai 25kg. Tahap pertambahan berat anak tidaklah terlalu menaik setiap bulan. Jadi, sudah pastinya anak saya boleh menggunakan kerusi ini sehingga mencapai maksimum umur 7 tahun. Anak saya hanya mempunyai tahap ketinggian yang naik mencanak setiap bulan. Dengan ini, saya dan suami sangat memerlukan car seat yang mempunyai 'multi height adjustable headrest' memandangkan car seat lama anak saya tidak mempunyai keistimewaan ini. Ini menyebabkan kami memerlukan car seat Crolla Alpha ini demi keselamatan dan keselesaan anak semasa berada di dalam kenderaan. 2) Selain itu, Crolla Alpha ini melepasi piawaian kelulusan European Safety Standard ECE R44/04. Ini merupakan satu bonus utama yang kami cari untuk car seat anak kami supaya keselamatan anak kami lebih terjamin apabila menggunakan car seat ini memandangkan sebelum ini car seat anak kami tidak mempunyai kelulusan piawaian keselamatan. Semoga ada rezeki untuk anak kami. Terima kasih TAP, Berjaya Sompo & Crolla memberi peluang kepada kami dengan program istimewa bantuan car seat ini.

Assalamualaikum ,Hai TAP . Isteri saya seorang surirumah sepenuh masa dan mempunyai 1 orang anak perempuan berusia 2 tahun dan insyAllah, Isteri saya bakal melahirkan seorang lagi bayi pada 22 oktober 2021 . Antara sebab kami memerlukan carseat adalah faktor-faktor keselamatan car seat itu sendiri antaranya sebab saya kaji carseat dan memerlukan ialah : 1. Statistik dari Malaysian Institute of Road Safety Research (Miros) menunjukkan kematian kanak-kanak didalam kereta dapat dikurangkan kepada 70% dengan menggunakan car seat yang sesuai dan dipasangkan dengan betul. 2.Tali pinggang keselamatan kereta tidak sesuai untuk kanak-kanak Sebaliknya, jika meletakkan seorang kanak-kanak, tali tersebut akan menyilang pada leher dan jika berlaku kemalangan, akan menyebabkan kecederaan yang serius pada bahagian tersebut apabila tali pinggang terkunci semasa pelanggaran. 3.Jika kanak-kanak tidak menggunakan car seat, kanak-kanak akan melonjak kehadapan dan hanya akan berhenti jika terdapat objek yang menghalangnya. Dengan adanya car seat, sekurang-kurangnya kanak-kanak dapat dilindungi oleh kerangka dan tali keselamatan yang padat dengan span lembut untuk menyerap hentakan. 4.Car seat direka untuk untuk melakukan 3 perkara, iaitu melindungi dan menjauhi badan dari struktur kenderaan semasa berlaku kemalangan, mengurangkan momentum dalam keadaan yang terkawal, dan menyebarkan daya kearah anggota badan yang lebih kuat dengan kecederaan minimum terhadap tisu dalaman yang lembut. 5. Dapat fokus pada pemanduan, jika tiada carseat ia akan terganggu kerana pengawasan perlu diberikan sepanjang perjalanan supaya anak-anak tidak melompat-lompat didalam kereta. Dengan adanya car seat, pengawasan amat minimum dan fokus pemanduan tidak akan terganggu. 6. Akhir sekali ialah kami memerlukan car seat bagi memudahkan saya dan isteri dari berulang alik klinik dan hospital serta ke destinasi yang ingin dituju. Terima kasih Berjaya Sompo , Crolla & Theasianparents community! Semoga ada rezeki buat anak² saya , Amin...

Assalamualaikum💕... Terutama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada The Asian Parent dgn kerjasama Berjaya Sompo Insurance dan Crolla kerana telah mengadakan program CSR ini. Disini ingin saya memperkenalkan diri saya yg merupakan seorang yg baru digelar ibu kepada anak saya yg bernama Muhammad Harith Irfan yg baru berusia sebulan lebih.. Semoga ada rezeki anak saya terselit untuk memenangi Sebuah Car seat tersebut kerana ianya membantu dan memudahkan serba sedikit bg saya untuk menghantar anak saya ke rumah pengasuh apabila saya sudah bermula kerja nanti dan saya tidak terlalu risau mengenai keselamatan beliau kerana dgn adanya car seat ini anak saya dapat duduk diam didalamnya... Dimana saya mengetahui bahawa car seat adalah sangat penting bg bayi dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari tercedera semasa kemalangan dimana ia dapat mengurangkan impak kpd kemalangan... Serta Car seat ini juga dapat membantu ibubapa seperti saya untuk memberi tumpuan (fokus) semasa pemanduan... Selain itu, dgn adanya car seat ini anak saya dapat duduk diam dalam kereta dan membuat kan beliau tidak lasak semasa perjalanan apabila ia menjangkau usia setahun dan keatas nanti... Dan akhir sekali car seat adalah sangat penting bagi perjalanan jarak jauh kerana bayi atau kanak-kanak akan rasa lebih santai sepanjang perjalanan dan ibubapa berasa gembira dan boleh fokus kpd pemanduan... Akhir sekali saya akhiri dgn ucapan ribuan terima kasih kepada The Asian Parent, Berjaya Sompo Insurance dan Crolla kerana telah menganjurkan program CSR ini dan ia sedikit sebanyak dapat membantu saya untuk memiliki car seat ini disaat keadaan ekonomi seperti begini... Semoga terselit rezeki anak saya untuk memiliki car seat tersebut... Aminn....☺️🤲 Sekian terima kasih... ☺️💕

VIP Member

Assalamualaikum, hi TAP! Saya baru saje melahirkan seorang bayi yang comel & sihat (Alhamdulillah) pada 15/9 yang lalu. Saya juga masih dalam pantang. Saya begitu teruja ingin menyertai contest ini kerana Crolla merupakan antara brand yang menjadi wishlist saya jika saya berkemampuan membeli carseat. Saya amat memerlukan carseat by Crolla ini kerana saya telah menonton fb live tempoh hari dan ternyata carseat yang ditawarkan kepada pemenang ini mempunyai ciri ciri keselamatan yang luarbiasa berbanding carseat jenama lain. Cara pemasangan dan penggunaan carseat ini juga telah diterangkan secara sangat jelas. Apa yang menarik lagi, carseat by Crolla ini terdapat beberapa bahagian yang boleh dicabut dan dicuci, bahagian letak kepala juga boleh di adjust mengikut tinggi kanak kanak. Saya juga memerlukan carseat untuk bayi newborn saya yang berusia 22 hari kerana saya dapati harga carseat yang boleh digunapakai dari 0 months tidak lah murah. Namun menyedari betapa carseat amat penting untuk kanak kanak apatah lagi newborn yang baru lahir, masih fragile untuk dipegang atau dipangku oleh ibu, tinggi harapan saya untuk menjadi salah seorang pemenang carseat by Crolla ini. Carseat ini bakal memudahkan lagi urusan saya sebagai seorang surirumah untuk membawa bayi ke klinik (checkup bulanan) biarpun tidak ditemani oleh suami. Urusan diluar akan lebih mudah dan tidak perlu lagi saya runsing memikirkan bagaimana hendak keluar rumah bersama bayi newborn saya. Harapan saya supaya ibu ibu sedar betapa newborn juga penting untuk diletakkan di dalam carseat. Malang tidak berbau. Akhir sekali, semoga carseat ini memberi manfaat dan dapat mengurangkan kadar kemalangan yang melibatkan kanak kanak atau bayi.

assalamualaikum dan salam sejahtera. mamyja seorang Suri rumah dan runner separuh masa .mamyja menghadapi masalah slipdisc Yang agak Kritikal Dari sebelum kahwin sehingga telah dikurniakan seorang cahaya mata. walaupun Dr ad nasihat Kan mamyja supaya tidak mengandung,tetapi rezki Tuhan, mana boleh tolak Kan😆mamyja dikurniakan seorang babyboy dengan berat 4kg sewaktu lahir Dan sekarang babyboy dah 5 Bulan dgn berat 9kg+😆. bayangkan mamyja ad sakit slipdisc yang mengehadkan mamyja untuk urus baby dengan sempurna,tapi mamyja cuba Yang terbaik juga untuk besarkan baby dengan bantuan suami Dan keluarga tersayang. bila baby dah nak masuk 10kg ni, memang mamyja X boleh dukung lama- lama. baby pulak melasak tak mau duduk dibawah. sebabkan pkp ni,mamyja perlu bantu suami untuk menampung perbelanjaan keluarga. jadi walaupun sakit,mamyja kena kuat.😍 mamyja buat runner partime. tolong cod makanan Dan sebagainya.mamyja berkeinginan sangat nak memiliki sebuah carseat untuk baby tapi sebabkan ekonomi keluarga Masih tak stabil,jadi pendam dulu hasrat nak ada carseat Tu😆 ,kalau Ada carseat, boleh bawa baby pergi buat runner dengan kereta sebab tak ada yang boleh jaga baby di rumah. dan mamyja pun Masih ad rawatan temujanji Di hospital untuk masalah kesihatan mamyja. jadi perlu ulang alik ke hospital .kalau ad carseat, InsyaAllah bakal mudahkan urusan mamyja sekeluarga.😍 semoga terselit rezki baby fayyadh and mamyja dalam programs Bantuan carseat by Berjaya Sompo&Crolla serta theAsianparent Malaysia😍😍😍 terima kasih. theAsianparent Malaysia Berjaya Sompo & Crolla love💕, mamyja

Hai dan Assalamualaikum semua, pertama sekali sya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak pnganjur dan terutamanya pihak crolla kerana menganjurkan pertandingan dan memberikan peluang kepada kami untuk mendapatkan secara percuma carseat crolla sekiranya terpilih dalam peraduan ini, Saya ingin memperkenalkan diri saya, saya ADNAN BIN MERRYTO dan isteri saya ANISAH BINTI TAJI kami baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 18/05/2021 yang lalu dan syukur kepada allah swt kami di kurniakan zuriat dan sekarang isteri saya sudah hamil dan kandungan sudah memasuki 4bulan, syukur alhamdulillah, apa yang saya ingin sampaikan sini adalah betapa berterima kasih dan rasa bersyukur bila dapat tahu ada pertandingan atau peraduan sebegini yang memberikan peluang kepada kami yang sudah ada cahaya mata dan menunggu cahaya mata seperti saya dan isteri supaya dapat merasa dan memeliki sendiri carseat untuk anak dan bakal anak apalagi jenama dari CROLLA itu sendiri, Saya sebenarnya berkerja sebagai e-hiling untuk menyara keluarga kecilku ini dan isteri saya pula sebagai surirumah sepenuh masa, semenjak pkp 2.0 saya tidak sudah berkerja di kedai yang saya sudah lama bekerja selama hampir 5tahun, harapan saya semoga kami berpeluang mendapat carseat dari CROLLA agar dapat meringankan sedikit sebanyak beban untuk keluarga kecilku ini dan sekiranya kami berpeluang mendapat carseat CROLLA ini adalah hadiah paling manis untuk bakal anak kami nanti, terima kasih pihak penganjur dan CROLLA, harap pihak penganjur dapat memilih saya dan isteri sebagai salah 1 pemenang dalam peraduan ini. kereta - proton saga flx tahun 2013

assalamualaikum dear ADMIN TAP, anak saya sekarang almost 4year+ yg sulong & coming soon in 2022 almost 29weeks. hopefully, ada rezki anak kedua saya untuk mempunyai car seat yg lebih selesa, sbb before this anak sulong sy hanya guna yg ank cousin punya carseat, itu pun "pinjaman" smentara sbb tempat sy kerja, lbih kurang 20minit dari rumah, dgn kerja yg xmenentu sy&suami.. susah senang kami xdpt nak dilafazkan kerana tlalu strugle utk anak sulong kami yg nak masuk usia 9bulan+ baru dapat merasa ada kereta (secondhand-proton wira darkgrey) dan smpai skrg, itu lah kendraan kami satu-satunya.. agk sukar utk kami sbgai parent muda 20-an yang bru hbis studies&still mencari kerja tetap utk nak survive keperluan "tempat tinggal, kenderaan, mknan, susu, pampers, maintanance kndraan, medical, yuran belajar dn lain²" apatah lagi utk berikan kselesaan&khendak pd ank²/diri sdri. skrg hampir 6tahun pkahwinan kami yg serba kekurangan, alhamdulilah, dgn rezki&dgaan yg kami tempuh selama ini sbgai parent.. buatkan kmi lbih matg, kuat& tabah utk harungi dugaan yg akn datang.. saya berharap dengan adanya "BANTUAN CAR SEAT" dari the assiant parent ini dapat memudahkan lagi urusan keluarga kami utk bergerak kemana² tempat dgn keselamatan yg lebih terjamin untuk baby 2022 nanti (due 10/1/2022).. sekian, terima kasih Theassiantparent, Berjaya Sompo & Crolla, telah mengadakan pertandingan sperti ini kerana ramai parent mgkin senasib dgn khidupan serba kekurangan mcm sy, saya hanya mencuba nasib sekiranya ada tuah rezki anak.. insyallah, amin.........😍😍

Assalamualaikum dan salam sejahtera 😊 Pertama sekali, terima kasih buat pihak penganjur dan ahli TAP kerana buat kempen seperti ni. Ia sangat2 membantu ramai org di luar sana. Dan juga sangat membantu saya sekiranya saya berpeluang untuk dapat carseat ni. Saya ada seorang anak berumur 8 bulan. Saya pekerja swasta dan juga suami saya pekerja swasta. Waktu musim wabak covid ni agak terjejas kami punya pendapatan. Sampai sekarang belum sempat kami membeli carseat untuk my little precious. Bila ada carseat, mudah sikit untuk saya bawa baby untuk checkup dia di klinik. Sbbnya susah sikit bila suami kerja. Tkda sesiapa yg boleh tolong pegang baby. Terpaksalah suami minta cuti tanpa gaji. Baby 8 bulan ni agak lasak bila kita pegang dlm kereta tanpa carseat. Sangatlah bahaya dan mungkin boleh berlaku kemalangan kecil mcm terhantuk kepala, dan mungkin boleh mengganggu kita yg sedang drive. Bila adanya carseat ni mmg mudah dan sangat2 membantu lah saya serta semua ibubapa dekat luar tu. Dah lama pendam niat nk beli carseat colla ni sebenarnya. Tapi tengok harga tu, terpaksalah tunda sekejap. Crolla punya brand bagus. Sesuai untuk peringkat umur. Itu yg berminat sangat2. Terima kasih, THEASIANPARENT MALAYSIA BERJAYA SOMPO & CROLLA.

Assalamualaikum & Salam sejahtera! Sy bekerja sebagai kerani dan suami sy adalah frontliner pemandu ambulans. Sy mempunyai seorang superhero yg kini berusia 1 tahun 2 bulan dan bakal melahirkan lagi seorang superhero pada bulan depan (22/11/2021). Sy amat memerlukan kemudahan seperti carseat baby, kebetulan theAsianparent Malaysia dan BerjayaSompo&Crolla sedang menganjurkan program yg bermanfaat ini sy tentu sekali tidak akan melepaskan peluang daripada menyertainya! Semoga ada rezeki untuk anak kami.. Memandangkan dengan pertambahan cahaya mata baru, carseat amat penting utk kami sekeluarga. Dengan tingkahlaku anak sulung yg semakin aktif & lasak, ia akn memudahkan kami bergerak terutamanya menghantar ke rumah pengasuh dan follow up di hospital, dan terjamin keselamatannya semasa panduan. Buat masa ni kami masih belum mampu untuk menyediakan carseat utk anak yg sulung, disebabkan oleh kekangan kewangan di musim pandemik dan harga belum mampu milik. Semestinya kami sekeluarga akan berasa gembira dan bersyukur atas bantuan ini. InshaAllah ada rezeki utk anak kami Aqil Firas 🥰 Terima kasih diatas keprihatinan pihak The Asian Parent Malaysia dan Berjaya Sompo & Crolla sempena penganjuran program ini 💕

VIP Member

Hye TAP, thank you for organizing this campaign. I'm currently in my 3rd trimester. And my due is in jan 2022. Lost my first newborn, and I never want to fell the lost again. Me and my husband both struggles to provide the best for our baby. Sadly right after married we both has been terminated from our job due to covid. even until now, we still don't have permanent job. Me and my husband only depend on freelance jobs that could provide us only rm1k monthly income. with other commitments, it's really hard for us to provide essential items for our incoming baby. I am so worry that I couldn't provide the best for my baby's safety. lost my first born never make me want to feel the lost again. Crolla car seat is one of the best carseat in term of safety. I have been eyeing it since my 2nd trimester. somehow, with our current financial condition, we still cannot afford carseat. I hope I could protect my baby with crolla car seat. I am so worry if I couldn't provide one. Thank you very much TAP, crolla and Berjaya Sompo Insurance for organizing this campaign. This gives me hopes for me to provide best safety carseat for my baby. I wish my baby AH would be one of the lucky baby ♥️

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan