Privacy PolicyCommunity GuidelinesSitemap HTML
Download our free app
Preggers
Tempoh Masa Sesuai Balik Bersalin???
Sy sekarang baru masuk trimester ketiga, dan berhajat ingin bersalin di kampung. Sekarang ni stay dgn suami di negeri lain. Nk tanya.. Week ke berapa sesuai utk sy balik kg? Menunggu masa bersalin... Ni kelahiran pertama, so xreti nk agak2.. Huhu Help mommies2. ?
Kandungan 20 Week, Anak Sulung
Normal ke time preggy ni, ada keputihan. N ada rasa asyik gatal2 je... Ada tips kurangkan x?
HOdohnyee..?
Mommy2, ada tips x nk hilangkn/kurangkan kesan2 gelap/hitam di kwasan ketiak, leher, miss v? Makin hari mkin gelap... Adoiii..
Jenama Mana Yang Elok??
Stroller 2 in 1 bersama carseat... Sedang mencari yg berkualiti dan bersesuaian dgn harga.. Momiesss , can help me??
NORMAL KE??
Normal ke xnampak baby bump lg.. Usia kndungan dh 17 week.. 4 bulan.. Biasa je perut.. Kadang2 risau, fkir ok x baby dlm perut ni..?
*CUMA NK SHARE*
TAK GUNA MAKAN IRON SUPPLEMENT JIKA TIDAK AMAL 5 TIPS UNTUK TINGKATKAN KEBERKESANANANNYA ================================== Ibu mengandung biasanya disarankan untuk mengambil iron supplement bagi mengatasi masalah anemia (Hb rendah). Ini disebabkan kebanyakan masalah anemia ketika mengandung berpunca dari iron (zat besi) yang tidak mencukupi dalam badan. Kalau di Klinik Kesihatan Kerajaan, akan dapat ubat berwarna coklat biji kecil yang dipanggil Ferrous Fumarate. Jika Hb masih tidak naik, mungkin doktor akan berikan Zincofer atau Iberet. Jika di klinik swasta atau farmasi, ada pilihan lebih banyak seperti Obimin, Sangobion dan Maltofer. Sebenarnya kenapa ibu mengandung perlu makan iron supplement? ------------------------------------------------ . RDA (Recommended Dietary Allowance) / jumlah pengambilan yang dicadangkan setiap hari bagi iron untuk wanita dewasa adalah 15-18mg. Bagi wanita mengandung, jumlah ini meningkat hampir 2 kali ganda iaitu 27mg. Kebiasaannya, wanita mengandung tidak dapat iron yang cukup dari pemakanan semata-mata, justeru disarankan untuk mengambil supplement. . Apakah jenis iron supplement yang ada di pasaran? ----------------------------------------------- Ramai kenal iron supplement melalui jenama seperti Zincofer, Maltofer, Iberet, Obimin dsb. Iron supplement ada beberapa jenis: 1. Ferrous Sulfate (Iberet, Obimin) 2. Ferrous fumarate (ubat klinik kesihatan, Zincofer) 3. Ferrous gluconate (Sangobion) 4. Iron Polymaltose- Maltofer . Berapakah dose iron supplement yang disarankan untuk diambil oleh ibu mengandung? ----------------------------------------------- . Ibu disarankan untuk makan 30-60 mg ELEMENTAL iron sehari Ini bersamaan dengan 300 mg ferrous sulfate heptahydrate, ATAU . 180 mg ferrous fumarate (1 biji ubat klinik kesihatan), ATAU . 500 mg of ferrous gluconate. *1 biji Maltofer memberikan 100mg ELEMENTAL IRON . . Bagaimana memastikan pengambilan iron supplement berkesan? -------------------------------------------------- . Ramai yang makan iron tapi Hb tetap tak naik. Cuba lihat sama ada anda telah amalkan 5 tips berikut: . 1. Jangan ambil iron bersama calcium atau makanan tinggi kalsium seperti susu Kalsium menghalang penyerapan iron. Jika anda mengambil iron serentak dengan susu, penyerapan iron akan jadi sangat rendah. Walaupun anda makan iron, tetapi iron dibuang melalui najis kerana tidak diserap. . 2. Jangan ambil iron bersama caffeine . Elakkan makan iron bersama caffeine seperti air kopi. Caffeine menghalang penyerapan iron, sama seperti kalsium. . 3. Sebaiknya makan ketika perut kosong. . Waktu yang dicadangkan adalah 1 jam sebelum makan. Walau bagaimanapun, jika anda tidak boleh tahan dengan kesan sampingan seperti sakit, perut, muntah dan loya, boleh alas perut dulu sebelum makan iron supplement . 4. Makan bersama vitamin C Vitamin C membantu penyerapan iron. Boleh makan iron bersama jus oren segar atau makan bersama suppleent vitamin C. . 5. Elakkan makan bersama ubatan yang mengurangkan asid perut. Ubatan seperti antacid yang mengurangkan asid perut, akan mengganggu penyerapan iron. Cuba elakkan untuk diambil bersama. Jika anda amal 5 tips ini, anda akan lihat perubahan dalam paras Hb. Boleh ulangi ujian darah untuk melihat paras Hb (Hemoglobin) selepas 2-4 minggu.
WHICH ONE?
Susu lembu or susu kambing.. Mna lagi elok utk ibu mengandung?
Mimpi....
Normal ke nk masuk trimester kedua dh ni.. Stiap kali tdur malam, asyik mimpi je, pastu tersedar... Tp rase byk mimpi yg menakutkan dr yg ok... Hihi.. Momiesss2 ade jugak ke cmtu?
NAK ELAK AWAL2 ANAK KENA JAUNDICE
Ade tips x masa mngandung ni... Apa2 makanan yg blh elakkn ank kena jaundice lps lahir nnti? Ade org kata elok minum susu kambing tp week ke berapa ye?
Detail Scan?
Penting x detail scan? Biasa utk week ke berapa? Kk ada buat x utk kita? Ke kena refer swasta jgk?