Salam semua, harini dh genap sebulan selepas saya melahirkan anak, tetapi darah nifas still banyak sampai penuh satu pad regular. Haritu lepas hari ke 20 nampak macam nak kering dah tapi sejak dua tiga hari ni, darah macam makin banyak. Takde simptom sakit pun. Apa pendapat ibu semua? Esok saya ada checkup sebulan di KK, haritu dah tanya nurse sebab pernah jadi masa hari ke belas-belas, tapi nurse cakap normal. #firsttimemom #bantusharing #firstbaby
Read more39w 6d bloody show, mcm mana rasa sakit contraction?
Salam, saya dh keluar tanda bloody show semalam dlm pukul 9. Pastu doktor bagi balik dulu sbb tak rasa sakit contraction apa. Bukaan baru 1 cm. Pastu dlm 24 jam ni kerap rasa sakit main2 mcm nk berak kt area bawah... takde pulak smpai sakit pinggang. Sakit bearable lagi. sekejap je dlm 30 saat gitu. Tak pasti kalau sakit mcm tu dh kira contraction? #advicepls #firstbaby #firstmom #ingintahu
Read moreSalam, saya baru start puasa, harini hari kedua puasa dgn baby. Awal2 tak puasa haritu sebab ada issue sikit. Sejak puasa ni, baby makin aktif pulak bergerak dalam perut. Apa tandanya ya? Boleh je kan teruskan puasa? Saya fikir baby mogok lapar je ni. Tapi takut jugak dia bergerak aktif sebab degupan jantung laju sbb dia lapar ke. Agak2 bahaya tak? Saya sendiri rasa ok je, tapi takut baby ni lah. #advicepls #firsttimemom #firstbaby #firstmom
Read moreIkut apps W8 tapi lepas scan W5
Hi mommies. Untuk kes saya, kalau ikutkan last period, sepatutnya kandungan sekarang dah 8 minggu. Tapi bila scan masa 8 minggu tu, doktor cakap kalau ikutkan saiz scan tu, kandungan baru je 5 minggu. Due date pun akan dianjakkan dan tarikh last period pun tak boleh pakai dah untuk buat kiraan due date. Ada sesiapa tak ada kes yg sama mcm saya? Perlu bimbang ke tak nampak janin lagi sekarang? Satu lagi kalau ikutkan appointment KK lg dua minggu, dan usia kandungan baru 7 minggu masa tu. Agak2 KK akan terima ke buka buku pink masa tu 😅 #firsttimemom #bantusharing #firstbaby
Read more