Privacy PolicyCommunity GuidelinesSitemap HTML
Download our free app
Queen of 3 sweet junior
Kurang menyusu
Hai mommy² semua, saya nak tanya normal ke baby kurang menyusu selepas dah pandai makan? Baby 7 month 25days. Baby menyusu 2oz kadang 3oz saja. Sehari 4kali.
Selamat melahirkan baby girl.
Thanks mommies semua. Saya dah selamat melahirkan baby girl 2.93kg pada 20/11/19 jam 12.40tghari. Cun² 40minggu kehamilan ? Pecah air ketumban dan terbuka 3cm. Masuk labour room pada jam 10pagi.
Due 20/11/2019 siapa sini mommy² sudah bersalin?
Saya harini 39w masih belum ada tanda² lagi. Doakan semoga urusan bersalin dipermudahkan ya. Nak exercise naik turun tangga, rumah takde tangga ? Ramai kata naik turun tangga dpt cepatkan bukaan jalan utk cepat bersalin.
Terpaksa serah diri
Hai mommy semua, saya sekarang dah 37w. Doc suruh saya serah diri pada 5/11/19 ni. Maaf nak tanya, sakit sangat tak kena induce? Sakit dari bersalin normal tak? ? Kepala baby belum lagi engage kat bawah. Sekarang cuma rasa sakit celah² kangkang saja.
Confuse mengenai minggu kehamilan sebenar
Hi mommies semua, kalau ikut scanning usia kehamilan baru 34minggu 4hari. Tapi ditulis kat dalam buku pink 35minggu 3hari. Due date: 20/11/2019. Kat dalam scanning EDD: 27/11/2019. So nak ikut mana satu ni ye? Disana beza 1 minggu. Saya ada GDM. Doktor bagitau jangan overdue dari due date 20/11/19 tu. Siapa macam saya?
Estimated 2 jam sebelum dan selepas zincofer
Perlu betul² 2 jam ke xboleh 1 jam lepas makan malam nak makan zincofer? Makan biasa jam [email protected]. Rasa macam darurat ja tunggu 2 jam lepas makan malam baru nak makan zincofer tu ? pastu tunggu 2 jam lagi ke kalau nak minum susu? Alahai fengsan..dahla mata nak sangat tido awal jam 8 or 9 dah nak tidoi.. huaaa..
Pill loya & muntah
Hi mommies, boleh share tak siapa pernah ambik pill loya muntah ni? Makan pill ni sebelum atau selepas makan ye? Sini bagitau 1 tablet 3 times. Thank you mommies.