Sakit non stop

Assalamualaikum Mommies. Saya first mom. Sekarang 35 weeks dan saya tak tahu contraction tu macam mana. Harap ada yang boleh bantu. Malam tadi dari pukul 2 pagi saya start sakit pinggang. Diikuti dengan perut mengeras, sakit perut macam nak terberak dan kerap kencing. Sakit semua ni non stop. Ada stop kejap pun dalam seminit pastu sakit balik. Makin lama pinggang makin sakit sangat, bila sakit tu sampai ke bawah perut bahagian atas ari2. Sakit naik ke atas perut dan ke tulang punggung. Urat dekat celah kangkang pun rasa ditarik dan atas ari2 pun rasa pedih2 bila baby bergerak. Perut memang keras n hanya boasa dalam seminit dua pastu keras manjang. Saya monitor sampai subuh. Sebelum subuh tu saya tertidur dan bila bangun tak rasa sakit sangat macam sebelum tertidur. Tapi bila dah lepas solat subuh sakit tu datang balik n makin kuat. Perut pun memang mengeras saja. Mak saya kata awal lagi kalau nak kata nak bersalin pun. Atau memang macam ni rasa nak bersalin wahai mommies sekalian? Kalau pergi hospital, nak cakap macam mana? Cakap tengah contraction ke?

6 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

waalaikumussalam mommy. bila berubah posisi,sakit tu hilang tak? betul kata mak mommy,35 weeks ni masih awal dan kalau betul pun bersalin akan jadi premature delivery. contraction dan braxton hicks benda yg hampir serupa cuma waktunya berbeza. kalau ikut weeks mommy sepatutnya yg mommy rasa braxton hicks tp mommy boleh nilai sendiri berpandukan artikel ni https://www.google.com/amp/s/my.theasianparent.com/braxton-hicks-lebih-teruk-dari-bersalin/amp apa pun jika berlaku pendarahan,pecah ketuban atau firasat mommy kata something is wrong,pergi ke klinik/PAC untuk pemeriksaan.

Baca lagi

Sis. Pergi je hospital sis if rasa Sakit tu xbnthy. Saya Anak first pun bersalin awal 35w. Jgn dgr ckp orang. Dgr ckp badan sendri. Xsemua orang sama. Tak apa, pergi je pac ckp perut kerap mengeras. Nanti Dieorg akan check n bgtau problem. Sbb Ada yg xpecah ketuban. Sakit pinggang mcm sis, Tapi Bukaan da 4cm. Better sis pergi ya. Jgn tgu2. Sbb ni first baby.

Baca lagi

rsa nya better pegi hosp cek sbb mmg awal 35w tp da kerap sgt tu skt ..seeloknya pegi hosp jela ..insyallah smua baik2 je ..

yes sila pergi hospital terus sbb sakit dah non stop..just to make sure condition baby n ibu xberbahaya

VIP Member

Tlg pergi hospital ye, sy mcm tu la, dh bersalin pon masa 32w

2y ago

masa sis bersalin 32 weeks tu baby kena tahan berapa minggu sis?

TapFluencer

mcm sya sis..ank first jua