Zikir Amalan

Zikir Amalan semasa Hendak Bersalin / Sakit Kontraksi / Contraction Pain ?Semoga Dipermudahkan ibu2 semua ? . Doanya adalah doa Nabi Yunus tatkala berada dalam perut ikan yu atau paus :- . “Lailaha ila anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin” . Maksudnya : “Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri”.(Surah Al-Anbiya’ : 87). . Doa ini elok dibaca oleh isteri semasa rasa sakit hendak bersalin. Ulang doa ini berulang kali. . Bagi suami pula bacalah juga doa ini berulang kali semasa sedang menunggu isteri hendak bersalin. Niatkan supaya Allah mempermudahkan jalan keluar bagi kandungan tersebut. . Sesungguhnya al-Quran itu adalah penawar kepada segala masalah yang dihadapi oleh manusia.

Zikir Amalan
1 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
Super Mum

Thanks for sharing!