YES BETUL❗?
Tak ada satu makanan yang kita tak boleh makan..
Dan BETUL kalau kita makan sekali je kulit ayam atau makanan terproses atau makanan yang tinggi lemak lain... level kolesterol badan atau berat badan kita ❌ terus naik on the spot..
Dan BETUL jika goreng ayam ade kulit, minyak akan lebih terserap di bahagian kulit berbanding isi..
TAHU TAK❓
Setiap makanan dari sumber semulajadi mengandungi kandungan nutrien tertentu yang diperlukan badan..
LEMAK juga diperlukan dalam fungsi sistem badan seperti regulate hormon & suhu..
TAPI...
Bergantung kepada cara pengambilan makanan harian kita..yang sedia ada pun dah meriah dengan makanan berlemak, berminyak, berkolesterol, makanan terproses, berkalori tinggi..dengan budaya kita lagi yang makan BANYAK❗ makan KERAP❗makan SEDAP❗
Uols rasa kalau makan hari2 kulit ayam tak ingat dunia tu macamana pulak? tambah2 kulit ayam goreng sedap rangup berempah, agak2 boleh ke kalau makan sikit je⁉️
Sebenarnye artikel tersebut bukanlah mengenai kandungan nutrien di dalam kulit ayam, tetapi lebih kepada cara memasak ayam dengan lebih sihat.
Ade kajian yang mencadangkan tidak menggunakan kulit ayam sebagai sumber makanan tetapi lebih elok digunakan dalam bidang biodiesel..yang ni tak nak highlight ke??
Cukup-cukuplah dari menyumbang kenaikan data OBESITI di Malaysia uols..
FAKTA: kulit ayam mengandungi KOLESTEROL tinggi.
Bijaklah buat pilihan, badan sendiri, penyakit pun sendiri yang tanggung nanti..