Turunkan kuning anak

Yang ni sy c/p dr group sebelah YANG BERTANYA : Anak saya kena kuning mcmana nak turunkan tolong saya. Bertanya dalam keadaan risau, dia fikir group ini sebagai tempat dia mengurangkan kerisauan utk mengadu berkongsi masalah. Keadaan stress, tertekan, baru lepas melahirkan masih tidak sihat, tidak boleh berfikir panjang, tergesa-gesa nak selesaikan masalah, tidak boleh sabar kerana terlalu penat JAWAPAN YG TEPAT : Contohnya "Jangan risau puan, anak saya pun pernah kena kuning, sy bagi susu badan saja, misi pun ada dtg rumah pantau kuning, jika tinggi terus ke Hospital, Doktor lebih tau apa yg perlu dilakukan, bykkan doa, jgn stress kuning ni pasti akan pulih bila organ anak dah berfungsi." Tenangkan dia, ajar dia cara yg betul. Bagi semangat dan nasihat yg baik. Bertanggungjawab disetiap komen anda pastikan membawa kebaikan. JAWAPAN YG MEREPEK Bagi minum air mutiara, mandikan dgn sirap, bagi sengkuang cina, bagi susu kambing bagi itu ini.. Dah la main tulis je suruh bagi itu ini, sukatan pun tak disebut. Buatnya dia yg buntu terikut ajaran sesat ini siapa yg nak tanggung. Last sekali salahkan group, kau ingat admin terpacak nak pantau 24 jam ke? Admin pun manusia ada keluarga ada hal sendiri. Bila komen dikeluarkan oleh org yg tidak bertanggungjawab mcm tu la jadinya. "Alaaaa dia bgtau je pun terpulang kita nak ikut ke tidak" kata kebayan baru nak up Kalau dia bijak mmg la dia takkan ikut kata kebayan itu je nak bgtau. Saya bukan menolak petua, ada petua yg baik diamalkan dan kebanyakan benda mengarut tapi masyarakat keliru dan memanggilnya "petua", sadis sekali

1 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Kadang2 petua tu berguna sis , sis tak cuba sis tak taw.

6y ago

Bg benda asing pd bayi yg baru lahir amatlah berisiko tggi.. perut bby cuma boleh hadam susu shj, yg lain² tu boleh menyebabkan komplikasi.. dh byk sy jmp bayi yg admit ke wad sbb ada mslh dgn usus & hati akibat petua² nie..