Nak tanya..mommy2 ambil tak vaksin rotavirus tuk anak?tengah berpikir lagi ni..nk ambk ke x

Vaksin rotavirus

6 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya xpernah ambil vaksin rotavirus untuk anak2 sebab rasa was2. Pernah terbaca ada lemak Babi ke ape, tapi berkaitian binatang tu la.. 😅😅

2y ago

Tambahan dari ini, maklumat rasmi yang diperoleh Jawatankuasa Fatwa daripada HSA menunjukkan bahawa bahan yang berasal daripada enzim babi (solusi trypsin) bukan merupakan antara kandungan vaksin rotavirus. Bahkan enzim tersebut hanya digunakan sebagai alat untuk memindahkan sel-sel vaksin sahaja. Setelah proses pemindahan itu selesai, sel-sel vaksin akan dibersihkan beberapa kali. Proses ini semua membuktikan bahawa enzim babi bukan terdiri antara kandungan vaksin tersebut. Vaksin yang terhasil juga telah mengalami proses penyaringan, pencucian dan pemurnian yang berulang kali sehingga tiada lagi kesan enzim babi yang dapat dikesan pada peringkat akhir penghasilan produk. Berdasarkan beberapa pertimbangan tersebut, Jawatankuasa Fatwa berpendapat bahawa vaksin rotavirus adalah halal dan suci, memandangkan tiada lagi unsur najis di dalamnya.