Nak tanya..mommy2 ambil tak vaksin rotavirus tuk anak?tengah berpikir lagi ni..nk ambk ke x

Vaksin rotavirus

6 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Saya anak hari tu diarrhea & demam panas. Suspect rota tp bukan tp bacterial infection lain. Dr. saran ambil, sebab rota pon akan ada symptoms lebih krg, maybe worse..cuma vaksin nie dikira tambahan & xde kat KK

nephew saya baru baru ni warded sebab kena cirit birit, doctor suspect rotavirus, fortunately it's not. sebab dia ambik vaccine rotavirus, doc cakap kalau dia tak ambik vaccine tu lagi teruk. so better ambik la.

Saya ambik. Kat klinik swasta. Rasanya 3 kali je kena vaccine tu. Haritu masa umur 2 bulan and mgu lepas masuk 4 bulan. Next rasanya masa 6/7 bulan. Extra precaution untuk baby 😀

Saya xpernah ambil vaksin rotavirus untuk anak2 sebab rasa was2. Pernah terbaca ada lemak Babi ke ape, tapi berkaitian binatang tu la.. 😅😅

7mo ago

Tambahan dari ini, maklumat rasmi yang diperoleh Jawatankuasa Fatwa daripada HSA menunjukkan bahawa bahan yang berasal daripada enzim babi (solusi trypsin) bukan merupakan antara kandungan vaksin rotavirus. Bahkan enzim tersebut hanya digunakan sebagai alat untuk memindahkan sel-sel vaksin sahaja. Setelah proses pemindahan itu selesai, sel-sel vaksin akan dibersihkan beberapa kali. Proses ini semua membuktikan bahawa enzim babi bukan terdiri antara kandungan vaksin tersebut. Vaksin yang terhasil juga telah mengalami proses penyaringan, pencucian dan pemurnian yang berulang kali sehingga tiada lagi kesan enzim babi yang dapat dikesan pada peringkat akhir penghasilan produk. Berdasarkan beberapa pertimbangan tersebut, Jawatankuasa Fatwa berpendapat bahawa vaksin rotavirus adalah halal dan suci, memandangkan tiada lagi unsur najis di dalamnya.

Saya ambk vaksin rotavirus lepas anak saya kena cirit birit haritu. Sebab rotavirus kalau kena lagi teruk doc cakap.

7mo ago

Saya buat dekat hospital sbb anak saya kena warded cirit birit, dalam RM223.80 macam tu

ada rezeki lebih, boleh amik untuk anak. extra precautions.