Sesi Tanya Pakar bersama Dr. JoAnn Rajah Pakar Pediatrik First Step Child Specialist Clinic

Topik: Tanya soalan tentang demam, punca demam, tip untuk elak anak sakit dan rawatan demam berkesan Demam adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan dan penyakit. Namun apabila anak demam, ibu ayah pasti akan rasa resah. Mengapakah demam boleh terjadi? Apakah simptom ibu bapa perlu tahu? Apakah cara betul untuk menggunakan termometer? Bilakah anak perlu berjumpa dengan doktor dan apakah tanda-tanda amaran yang ibu ayah perlu kenal pasti? Sekiranya persoalan ini bermain di minda anda, ataupun anak anda ada dalam situasi ini, ayuh ikuti Sesi Tanya Pakar kali ini. Ibu dan ayah wajib tahu segalanya mengenai demam, termasuk bagaimana untuk menghalang anak-anak jatuh sakit apabila mereka hadir ke sekolah. Tahukah anda bahawa ada beberapa jenis penyakit seperti demam, selsema mahupun batuk yang sering dijangkiti oleh anak-anak yang ke sekolah? Jom ketahui lebih lanjut mengenai penyakit ini, dan tanya segala persoalan anda kepada Dr JoAnn Rajah, Pakar Pediatrik First Step Child Specialist Clinic pada hari Jumaat, 18 Februari 2022. *NOTA : Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://ap.braunhealthcare.com/.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. JoAnn Rajah Pakar Pediatrik First Step Child Specialist Clinic
27 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi doct... anak saya memang susah sangat makan ubat.. jadi bila demam saya akan bg ubat insert dan dia dah faham.. nangis sekejap tu normal.. ubat insert yg saya beli di farmasi memang akan buat suhu demam dia lambat turun.. tapi kalau yg klinik punya cepat turun. soalan saya, i) baru2 ni saya pergi klinik dan berjumpa doct, tapi doct tak benarkan, dia takut anak(2tahun 10bulan) fobia. saya dah bg tau dia dah biasa. adakah tak boleh kerap bg anak ubat insert punggung? ii) anak saya pernah sawan sebab bg ubat insert punggung dr farmasi kerana suhu yg lambat turun, boleh doct bagi cadangan, apa yg perlu dilakukan sekiranya berlaku demam sawan dan cara2 menurunkan suhu dengan lebih cepat. terima kasih.

Baca lagi
4y ago

Untuk demam sawan pula: Posisikan anak anda mengiring atau terlentang di atas lantai atau tanah Jauhkan apa-apa objek bahaya yang berhampiran anak anda bagi mengelakkan kecederaan Longgarkan bahagian baju yang ketat Jangan letakkan apa-apa di dalam mulut anak anda atau cuba untuk menghentikan sawan itu Kebanyakan sawan akan berhenti sendiri. Bawa anak anda berjumpa doktor secepat mungkin bagi menentukan punca demam Memanggil bantuan perubatan kecemasan jika sawan berlaku lebih dari 5 minit Jangan masukkan apa-apa ke dalam mulut Perhatikan masa anak mula-mula dapat sawan kerana demam sawan biasanya kebah dalam masa 5 minit Sekiranya sawan anak berterusan, bawa dia ke hospital atau klinik dengan segera