Sesi Tanya Pakar bersama Dr. JoAnn Rajah Pakar Pediatrik First Step Child Specialist Clinic

Topik: Tanya soalan tentang demam, punca demam, tip untuk elak anak sakit dan rawatan demam berkesan Demam adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan dan penyakit. Namun apabila anak demam, ibu ayah pasti akan rasa resah. Mengapakah demam boleh terjadi? Apakah simptom ibu bapa perlu tahu? Apakah cara betul untuk menggunakan termometer? Bilakah anak perlu berjumpa dengan doktor dan apakah tanda-tanda amaran yang ibu ayah perlu kenal pasti? Sekiranya persoalan ini bermain di minda anda, ataupun anak anda ada dalam situasi ini, ayuh ikuti Sesi Tanya Pakar kali ini. Ibu dan ayah wajib tahu segalanya mengenai demam, termasuk bagaimana untuk menghalang anak-anak jatuh sakit apabila mereka hadir ke sekolah. Tahukah anda bahawa ada beberapa jenis penyakit seperti demam, selsema mahupun batuk yang sering dijangkiti oleh anak-anak yang ke sekolah? Jom ketahui lebih lanjut mengenai penyakit ini, dan tanya segala persoalan anda kepada Dr JoAnn Rajah, Pakar Pediatrik First Step Child Specialist Clinic pada hari Jumaat, 18 Februari 2022. *NOTA : Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://ap.braunhealthcare.com/.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. JoAnn Rajah Pakar Pediatrik First Step Child Specialist Clinic
27 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi Doktor, Setiap kali anak saya demam mesti mengejut,suhu terus naik 39-40..2x warded sebab sawan...adakah sawan ini akan berterusan sehingga dia besar? saya risau..dan bila di hospital pihak hospital tidak bekal saya ubat seperti selsema dan batuk alasan nanti hati akan rosak..saya terpaksa beli di farmasi begitu juga dengan ubat cucuk bontot..saya hanya guna ubat bontot pada waktu malam incase saya tertidur dan xsedar untuk memberi ubat demam makan..Anak saya baru berusia setahun 3 bulan..

Baca lagi
4y ago

Hi puan. Bukan semua kanak-kanak akan dapat demam sawan. Demam sawan biasanya berlaku kepada kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 6 tahun. Walaupun demam sawan ini nampak menakutkan, namun ia tidak akan menyebabkan efek kepada otak atau perkembangan otak anak. Ubat demam hanya perlu diberikan sekiranya anak demam sahaja.