Bengkak susu
Tolongg saya bengkak susu. Harini hari ke 5 berpantang anak tak balik lagi masih di hspital. Saya Nak pam pun tk boleh sebab bengkak dia sakit sgt. Dah tuam air panas / ais masih sama jugak satu malam tk tdur layankan sakit bengkak ni. Tolongg apa patut saya buat
1) elakkan pam. pam takut makin awak bertambah sakit. 2) tuam sejuk sampai kebas. kemudian tuam panas. sambil tuam awak massage breast awak. habis tuam buat urutan tangan marmet. sakit mmg sakit. ulang sampai awak lega. guna milk collector utk tadah susu keluar. 3) kalau ada lactation massager boleh guna utk urut dkt kawasan bgkak susu 4) mandi dengan air suam atau guna water heater. sambil mandi sambil awak massage breast awak. 5) boleh panggil tukang urut utk dtg urut. tapi sy ckp kalau tukang urut yg urut mmg sakit la. tapi lepas tu lega☺️
Baca lagiApa yang lactation counselor saya ajar, kita perlu buat urutan marmet sambil tu awak tadah susu tu dan simpan. Saya faham perasaan bengkak susu tu dengan baru lepas bersalin lagi. Penat, sakit, tak selesa. Saya faham sangat sangat. Kalau awak tak larat untuk marmet, minta tolong suami. Saya waktu macam awak, suami yang tolong marmet sebab memang tak terdaya masa tu. Semoga dipermudahkan and be strong mummy 🌹
Baca lagibaiq thanks semua😊
Urut di bahagian terletaknya tisu payudara Urut dari ketiak, atas dada ke keliling payu dara. Ada caranya, boleh tengok YouTube. Boleh minta tolong suami urutkan sbb kita sendiri nak urut, emosi tak stabil dgn sakit lg. Tak pun upah tukang urut yg mahir/ kaunselor penyusuan bertauliah berdekatan puan atau pergi ke KK pun ok asalkan KK yg rakan bayi - ada nurse mahir penyusuan susu ibu
Baca lagi2 cara saya buat. Satu, marmet tapi mmg sakit lah sebab dah bengkak. Kedua, saya minta tolong anak sulung hisapkan, dia baru 2y9m tapi mmg dah lama wean off. Nasib dia nak tolong, walaupun dia kata tak sedap 😂 Kalau takde boleh minta suami. Untuk kurangkan bengkak tu je.
Hehe.. Betul, salah satu cara kena ada ada suami/ anak yg masih nak susu hisap bg hilangkan bengkak.
https://youtu.be/RSlPWcyjvMg Chinese ni ajar marmet. Saya tak tuam saya memang tenyeh laluan yang keras tu. Saya jenis tahan sakit wahaha. Saya rasa link youtube ni paling function. Memang sakit gila tenggiling tapi lega banyak! Tuam tuam tu boleh follow macam diorang ni ajar
Baca lagiKalau saya dah sakit sangat , panggil bidan jer urut kan . Lepas urut selalu nya akan kurang kan sakit dan lancar kan pengaliran susu , jadi boleh lah pam
Cuba buat rendaman epsom salt sis. Sy tak pasti tahap keberkesanan tu sebab belum menyusukan anak tapi Sy baca tips daripada orang² lactation certified
Ya pernah kena. Kena buat marmet mommy. Boleh pergi jumpa doktor segera untuk dapatkan antibiotik. Moga diberi kesembuhan
mintak tolong husband minum susu tu..sy pun aritu bengkak, mtk tlg husband...lega rasa nye
pernah try makan shaklee lecithin tak? makan tu kalau nk elak jd bengkak susu
mom and wife