Nama Pilihan Anak, Tapi Tak Digunakan

Tipulah kan kalau tak ada list nama untuk bakal anak tapi last-last guna nama yang lain pulak. Huhuhu... Cuba share sikit kot mak-mak lain boleh dapat inspirasi.

Nama Pilihan Anak, Tapi Tak Digunakan
56 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Nak buh nama Nur kat depan nama anak tapi mak mentua menyibuk cakap 3 patah perkataan panjang sangat Macam dia pulak yang beranak yang kena toreh 7 lapis 😊 Pastu suami menurut je la sebab takmau gaduh ngan mak sendiri Yelah syurga di bawah tapak kaki ibu Tak faham kenapa kena masuk campur semua benda termasuk lah nama cucu dia Mak saya sendiri pun tak cakap apa sebab tu hak kami sebagai mak ayah anak kami Buktinya takde pun dia halang abang saya letak nama panjang kat anak dia.. Susah juga ada mentua jenis tak senang duduk kalau tak masuk campur Maaf terluah kat sini pulak hm

Baca lagi
4mo ago

kan, mil klu menyibuk memang menyampah kan? saya 3kali tukar nama anak last2 sy daftar sendiri masa ank 2bulan, puas hati dah daftar letak dalam grup ws fml mil .. hihi panjang berjela nama ank aku

TapFluencer

tak kisahlah nama apa pun janji maknanya baik.lagi satu ni nasihat sesama kita ya.. tolonglah panggil nama anak dengan nama sebenarnya sepanjang proses pembesaran. jangan panggil baby, adik, abg tanpa nama dia yang sebenarnya. nanti bila pergi sekolah puas cikgu, kawan2 panggil nama.. dia tak respond,sebab dia tak tahu tu nama dia.biasa family panggil baby,abg,adik. bahaya situasi ni terutama kalau ada pergi tempat2 diluar kelas seperti padang, perhimpunan dan lebih advance lagi kalau ada rombongan ke tempat2 seperti zoo dll. tolonglah ya parent semua

Baca lagi

Ermmmm kes saya anak sulung setuju dah nak letak nama Shania kalau perempuan dan shalihin kalau lelaki. Anak sulung lahir perempuan si bapak ke JPN terus tukar nama anak ke Shaniza... Punah harapan.... Anak kedua dipinta si suami listkan 10 nama laki n perempuan. Untuk sedapkan hati bini dia. Sebab dia kata dalam list yang dibuat saya tu dia boleh persetujui... last2 keluar perempuan diberi nama Shanurra dan ternyata nama tersebut tiada dalam list... hampa perasaan....begitula kisah saya...

Baca lagi

Saya dr kecil berangan nk anak nama mat salleh omputih. Nasib husband layankan. Bila dpt anak sendiri mmg saya letak nama omputih tp saya akan selidik nama tu agar maksud tidak bertentangan agama/berkaitan agama lain, tidak melibatkan sejarah yg tidak baik. Utk nama anak2 saya, saya pilih nama dr Spain, Italy, France, UK. Ada 1 nama ni saya nk sgt tp sejarah nama tu berkaitan perang agama di Spain & ada mufti dr negara lain tak galakkan guna so terpaksa cari nama lain.

Baca lagi
4mo ago

Isabella~Isabel~Elizabeth tp ada je dlm list nama muslim & hebrew, ada kata ok. Tp psl ada kaitan gn perang agama kurun ke-16, satu queen ni dia menentang agama islam psl dia kuat katolik so saya elak guna. Hak masing2 kalau nk guna nama ni.

10 tahun yang lepas rancang nama anak lelaki Muhammad Qaiser Zafri, ingat dah tak ada rezeki anak no 2 sebab ada penyakit PCOS, rezeki Allah makbulkan doa Disember tahun lepas setelah 10 tahun menanti rezeki anak no. 2 lahirlah khalifah kecil bernama Muhammad Qaiser Hafiy peneman mama..Panggil nama penuh dan usaha nak istiqamah untuk panggil nama penuh setiap kali..semoga dipermudahkan Allah..amiin2..

Baca lagi

masa tahu mengandung. sebab ayah nye bermula huruf A nk letak nma anggun maryam.. skli abah nye ckap nk letak nma asyikin. ok xpe lh mmg ckap kt suami ,nma anak abg plih.. dh beranak xnk nma anak bmula huruf A. takut masa peperiksaan kna dduk depan. lepastu letak lah nur kt depan. rncang nk letak nma anak pendek sbb nama abahnye dh panjang.. skli 3 patah nama jgak. panjang bjela skli gan nama abah.

Baca lagi

mula2 tahu baby boy rancang nk letak nama Ayyash yusuff zafriel tp lepas bersalin jd la Ryyash yusuff sempena nama kakak nye Ry n abg dia Ayyash(meninggal keguguran)maka tercipta nama gabungan Ryyash.. terima kasih hadir dlm hidup ibu..anak first Rysha ranyya al-zahra nom 2 gugur nom 3 gugur bongsu Ryyash yusuff..gabungan huruf depan nama ibu R dan huruf depan ayah nye Y..jd la RY family

Baca lagi

Nama anak dah mmg sebelum lahir sedia dah. Sbb ank pertama scan prempuan, eh lahir lelaki pula 😂 so smpan la nama tu utk prempuan kalau ada rezeki lagi. Tak smpai 2thun abg nye, isi lagi, dah btl btl prempuan dah, syukur sepasang dah ank. So kat rumah nama manja dia pgil nama depan, kalau org tak rapat tnya bagitahu nama belakang jer. So smua nama dia kena sbut. Mcm tu juga abg nya.

Baca lagi

Anak first Rayyan Mikhael , so yg second ni girl dan nak seakan2 nama abang so letak laa Ryana Mikayla 🫠 Tapi sblm nak dapat nama ni , depan tu papa nak Raisha tapi mommy nak Rihanna (tapi papa tak setuju sbb maksud dia ‘daun kemanggi’ & tak jelas) , demi nak jaga hati bumil masa tu & seakan2 sama so dapat laa nama kat atas tu atas persetujuan bersama 🤭

Baca lagi

anak 1st nak bubuh huruf depan anak huruf N,SBB nama saya mula huruf N,mil pulak hasut2 husb bbuh Muhammad kat depan,husb pulak nak nama muaz..maka lekat la Muhammad MUAZ..ANAK no 2 off fon..dah siap sijil lahir baru announced nama anak..tu pon sebelum tu kalut dah bagi macam2 nama,kita pekakkan telinga..Maka dapat la apa yg kita inginkan NAWAL NAFEESA.

Baca lagi