Susu Ibu

Tiada susu yang lebih baik untuk anak kita selain susu badan. Beri bayi kita susu ibu seawal yang boleh selepas kelahiran. Sebaiknya sejurus selepas bersalin kerana kandungan kolostrum dalam susu ibu sangat tinggi ketika ini. Kolostrum sangat penting untuk bayi kerana ia mengandungi khasiat, enzim & antibodi yang diperlukan badan si manja. Teruskan pemberian susu ibu ini kerana ia akan membantu menurunkan paras bilirubin dalam badan anak kita. Anak yang cukup minum susu dari badan ibunya akan kerap membuang & bilirubin akan disingkirkan bersama sama najisnya. Semasa berpantang, ibu boleh minum susu kambing yang telah dipasteur dan anak yang menyusu badan akan mendapat khasiat susu kambing secara tidak langsung dari ibunya. Ramai ibu muda mengadu kekurangan susu ibu & berasa tertekan kerana tidak mampu menyusukan anak baru lahir. Semua ini memerlukan persediaan awal. Semasa hamil, kita boleh beli buku tentang penyusuan susu badan & hadiri kelas berkaitan dari kaunselor laktasi. Laburkan juga pembelian pam susu yang baik, terutama sekali pam kembar yang boleh mengepam susu serentak dari payudara kita. Ini akan sangat menjimatkan masa & kurang memenatkan.

2 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Good info 👍🏻

VIP Member

👍