Privacy PolicyCommunity GuidelinesSitemap HTML
Download our free app
Dada of 3 curious Kids On The Block
Pregnant At 40
Just sharing the knowledge... Find it more... https://www.thestar.com.my/lifestyle/health/2005/10/16/pregnant-at-40
Bby Jaundice
* Pastikan Bayi Kekal Hidrat * Bayi tak sepatutnya diberikan air kosong * Mak pastikan bayi diberi susu setiap 2 jam untuk memastikan bayi menghasilkan air kencing dengan banyak. Jika najis bayi menjadi warna putih atau tidak berwarna, bawa bayi anda untuk berjumpa doktor dengan segera. Hati-Hati Beri Bayi Perahan Anggur, Susu Kambing etc Cara ini sangat tak selamat bagi bayi anda. * Susu kambing mentah yang tidak dipastur boleh menyebabkan jangkitan yang teruk kepada bayi. * Jus anggur dan semua produk semula jadi mengandungi banyak bahan-bahan cemar yang tidak dapat diproses oleh bayi.Ianya boleh mengancam nyawa, terdedah kepada jangkitan, komplikasi alahan dan juga masalah penghadaman. * Cara terbaik adalah untuk menyemak dengan doktor anda terlebih dahulu sebelum mengambil mana-mana daripada penawar asli ini
Susu Ibu
Tiada susu yang lebih baik untuk anak kita selain susu badan. Beri bayi kita susu ibu seawal yang boleh selepas kelahiran. Sebaiknya sejurus selepas bersalin kerana kandungan kolostrum dalam susu ibu sangat tinggi ketika ini. Kolostrum sangat penting untuk bayi kerana ia mengandungi khasiat, enzim & antibodi yang diperlukan badan si manja. Teruskan pemberian susu ibu ini kerana ia akan membantu menurunkan paras bilirubin dalam badan anak kita. Anak yang cukup minum susu dari badan ibunya akan kerap membuang & bilirubin akan disingkirkan bersama sama najisnya. Semasa berpantang, ibu boleh minum susu kambing yang telah dipasteur dan anak yang menyusu badan akan mendapat khasiat susu kambing secara tidak langsung dari ibunya. Ramai ibu muda mengadu kekurangan susu ibu & berasa tertekan kerana tidak mampu menyusukan anak baru lahir. Semua ini memerlukan persediaan awal. Semasa hamil, kita boleh beli buku tentang penyusuan susu badan & hadiri kelas berkaitan dari kaunselor laktasi. Laburkan juga pembelian pam susu yang baik, terutama sekali pam kembar yang boleh mengepam susu serentak dari payudara kita. Ini akan sangat menjimatkan masa & kurang memenatkan.