Sesi Tanya Pakar bersama Dr. JoAnn Rajah, Pakar Pediatrik, First Step Child Pediatric Clinic

Keliru sama ada anak anda dijangkiti demam campak atau cacar air? Apakah risiko apabila dijangkiti cacar air? Apakah punca cacar air ini? Bagaimana nak elak anak dari dijangkiti?Sekiranya persoalan ini bermain di minda anda, atau anak anda berada dalam situasi ini, ayuh ikuti Sesi Tanya Pakar kali ini. Sebagai ibu bapa, baik ibu bapa baru atau yang berpengalaman anda wajib tahu segalanya mengenai jangkitan cacar air, termasuk mitos mengenainya. Tahukah anda risikonya amat berbahaya buat bayi kecil? Jom ketahui lebih lanjut mengenai penyakit ini dan lontarkan segala persoalan anda kepada Dr JoAnn Rajah, Pakar Pediatrik First Step Child Specialist Clinic pada 18 November 2021, Khamis. *NOTA : Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus. .

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. JoAnn Rajah, Pakar Pediatrik, First Step Child Pediatric Clinic
43 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Hi Dr JoAnn Rajah, Adakah betul tindakan kebiasaan orang tua memberi air kelapa untuk mengurangkan rasa gatal disebabkan cacar yang dialami? Apakah risiko yang berlaku jika ibu bapa lewat beberapa hari membawa anak ke klinik apabila anak mengalami tanda-tanda jangkitan cacar air? Thank you in advance, Dr for your respond on these questions.

Baca lagi
4y ago

Hi there. Sebenarnya air kelapa yang diminum tidak akan bantu mengurangkan rasa gatal cacar air. Tetapi, kanak-kanak yang dijangkiti cacar air mungkin tidak berselera untuk makan. Jadi air kelapa biasanya diberi untuk memastikan penghidratan badan yang baik. Kebanyakan jangkitan cacar air adalah ringan. Namun begitu, komplikasi seperti jangkitan kuman di kulit, radang paru-paru, radang otak, jangkitan darah (sepsis) dan lain-lain boleh berlaku dan boleh menyebabkan maut sekiranya lambat dirawat.