Perlukan kata semangat please 😢

Takdir Allah sy dpt 2 org baby high needs. Ank sulung dan no 3. Masa ank sulung okay lg sbb ank sorg dan bole fokus sepenuhnya. Tp bila terjadi balik kt ank no 3 rasa down sgt2. Dgn nk melayan kakak2nya lg yg asyik gaduh je manjang...nk melayan baby yg kuat nangis lg..pakej ade eczema pulak tu.. Ada satu tahap rasa nk sangat lari dari rumah.. Smpaikan nk gi bercuti pon x bole sbb tido berbuai dan x bole bising2. Sy menyesal sbb x merancang ank betol2. Org bole kata tu rezeki2..tp kdg mental sy as ibu x boleh hadap smua ni. Lepas ade ank sy jd seorg pemarah, cepat penat dan fizikal 360 darjah bertukar. Sy salahkan diri sdri sbb terlalu senang mengandung..merancang sdri tp lekat jgk(suami buang luar)..kdg terfikir kalo tau kahwin dan ade ank ni susah sy lebih rela jd andartu tp bekerjaya..ayat sy mmg kejam tp tu la hakikatnya ape yg sy rasa skrg. 😭😭

4 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Allah.. Mengucap ya puan. Jangan salahkan diri sendiri atas benda yg dah terjadi. Allah takkan uji sesuatu diluar kemampuan kita. Saya yakin puan sebenarnya mampu hadapi semua ni 💪🏻 Saya sarankan puan minta juga pertolongan suami dlm kerja harian rumah juga. Bagitahu suami yg puan perlukan masa juga utk bertenang nak jaga anak 3 org. Kalau ada kemampuan kewangan lebih, mungkin boleh minta pembantu yg dtg rumah daily utk uruskan apa yg patut, jadi puan boleh fokus pada baby saja. Apa yg terjadi mesti ada hikmahnya yg kita tak nampak skrg. Puan kena kuat ye demi diri sendiri jugak. InshaAllah pejam celik nanti tiba tiba dah habis phase letih ni. Moga diberikan kekuatan untuk puan 💖

Baca lagi

kadang manis dia, kita tak nampak sekarang. sebelum puan berkata sedemikian, cuba puan fikir balik. andai kata anak anak puan tahu puan mengeluh macam ni, apa perasaan diorang? tak diuji dengan sesuatu perkara kalau tak mampu. daripada kita mengenang, apa kata kita bersyukur. ramai lagi kat luar tu yang struggle nak dapat baby. puan beruntung.

Baca lagi

puan kalau boleh seek help tau...and luahkan juga kat husband...moga dipermudahkan urusan semuanya

bawak mengucap sis.. mmg time kecik ni susah sikit, dah besar insyaAllah akan senangkan sis